beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

(EdCoustic) Nantikanku di batas waktu – Sanggupkah aku?

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 405 entri

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Tiba-tiba terfikir nak buat satu kategori baru dalam blog ni. Kategori yang dinamakan Melodi d’ Hujung Minggu ni bertujuan untuk memaparkan lagu yang pada pandangan saya adalah menarik dan mempunyai kisah dan maksud tersendiri kepada diri saya. Sekadar perkongsian dengan pembaca semua.

Lagu pertama untuk minggu ini ialah Nantikanku di Batas Waktu oleh EdCoustic.

Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata

Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan

Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi
Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu

beliamuda:

Kali pertama saya mengetahui lagu ini ialah apabila liriknya dimasukkan dalam blog sepupu saya. Kerana tertarik dengan liriknya dan juga pernah mendengar salah satu lagu Edcoustic iaitu Muhasabah Cinta, terus sahaja saya mencari lagu ini untuk mendengarnya.

Di sebalik lirik lagu ini, ada suatu mesej yang ingin disampaikan kepada sesesorang yang menunggu orang yang dikasihinya. Demi menjaga batas dalam perhubungan, perasaan kasih dan sayang dipendam. Tidak terungkapkan melalui kata-kata seperti mudahnya melafaz kata cinta.

Harapan yang suci untuk mejadikan si dia sebagai suri yang halal di hati, menuntut penantian sehingga tiba waktunya. Waktu di mana akan datangnya si lelaki untuk mengambil wanita itu dengan cara yang sah.

Saya ajukan pertanyaan di sini. Bagi yang menunggu atau ditunggu, mampukah untuk dibawa ke syurga abadi? Atau, sanggupkah anda menunggu atau ditunggu? Nantikanku di batas waktu

[kredit gambar asal]


30

August
2009
Masa: 20:13

20 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. ko tau x..ni blog ke-2 yg memaparkan lagu ni …he3…
    sedap sangt ke?..lirik nampak macam biasa2 je.. cuba kasi dengr sikit..dekat je laptop ko tu..
    terry bogart´s last blog ..terhegeh-hegeh dalam dakwah~~ tribute to KBS RD 2009 My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @terry bogart, sedap ke tak tu subjektif sikit.. bila aku dengar, ada rasa sumthing..

    aku rasa aku asyik bukak lagu ni sejak hari Jumaat ri tu lagi…

    [Reply]

  2. e

    ok la 2.aku tunggu kau kawin ok dgn suri kau
    e´s last blog ..hari yang redup My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @e, aish.. bila la tuh.. haha

    [Reply]

  3. berjiwa je seminggu ni Kak Jie tengok
    Kujie´s last blog ..Nilai estetik seorang isteri My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Kujie, berjiwa ke? maybe sebab baru lepas sembuh kot.. semangat dia lain sikit.. huhu~~

    [Reply]

  4. mebi klu die maen gitar dri awl lgu lg sedap ^^
    rue´s last blog ..y we must keep boycotting My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @rue, dari awal lagu? dalam video tuh, rasanya part awal2 tu bukan dalam lagu die…

    [Reply]

  5. Sekali dengar biasa je..2 kali dgr sedap sikit..berjiwang jgk ko eh..aku pun dh buat satu kategori baru dlm blog aku kategori download mp3 ceramah agama..jom download.
    ariey´s last blog ..Membuat blog nofollow menjadi dofollow di blogspot. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ariey, eh, mne de.. biasa2 je.. (^_~)v

    [Reply]

  6. Hehe, berjiwa sikit post ni, tapi tak sempat nak hadam penulisan ni. Nanti nak share juga la.. :P

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nikuve, penulisan tu cuma pandangan ringkas aku je.. tulis apa yang terlintas masa tuh… rasa cam tak sampai je mood nak tulis ikut lagu tuh.. hehe

    [Reply]

  7. wah, tak pernah dengar la pula lagu ni. lirik cam lagu jiwang jerk. hehe, apa2 pun layan. :)
    mohdisa´s last blog ..Man Utd 2 – 1 Arsenal My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mohdisa, layan! (^_~)v

    [Reply]

  8. wahhhhh tangkap jiwang karat ke ni ek? hehe :)
    KNizam´s last blog ..Cayalah! Hari Ini Ada Special Google Doodle Kemerdekaan Malaysia Ke-52 ! My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @KNizam, takde la jiwang sangat.. sikit2 je..

    [Reply]

  9. ni kalau layan tengah2 malam time sunyi sepi, kang ada jgk yg meruntun hati

    ^_^
    nazra´s last blog .. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, hehe.. ada la sikit2 kan..

    [Reply]

  10. Reeha

    Sedap lagu 2 membuatkan aku juga terasa…, boleh x siarkan lagu Penantian Cinta oleh A. Razak Ismail sbb lagu 2 amat bermakna sekali, puas aku cari tapi x dpt2

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Reeha, boleh tak bagi info2 lain pasal lagu ni? Boleh je nak try cari.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan