Salam sejahtera buat semua.

Tiba-tiba terfikir nak buat satu kategori baru dalam blog ni. Kategori yang dinamakan Melodi d’ Hujung Minggu ni bertujuan untuk memaparkan lagu yang pada pandangan saya adalah menarik dan mempunyai kisah dan maksud tersendiri kepada diri saya. Sekadar perkongsian dengan pembaca semua.
Lagu pertama untuk minggu ini ialah Nantikanku di Batas Waktu oleh EdCoustic.
Dikedalaman hatiku tersembunyi harapan yang suci
Tak perlu engkau menyangsikan
Lewat kesalihanmu yang terukir menghiasi dirimu
Tak perlu dengan kata-kata
Sungguh walau kukelu tuk mengungkapkan perasaanku
Namun penantianmu pada diriku jangan salahkan
Reff :
Kalau memang kau pilihkan aku
Tunggu sampai aku datang nanti
Kubawa kau pergi kesyurga abadi
Kini belumlah saatnya aku membalas cintamu
Nantikanku dibatas waktu
beliamuda:
Kali pertama saya mengetahui lagu ini ialah apabila liriknya dimasukkan dalam blog sepupu saya. Kerana tertarik dengan liriknya dan juga pernah mendengar salah satu lagu Edcoustic iaitu Muhasabah Cinta, terus sahaja saya mencari lagu ini untuk mendengarnya.
Di sebalik lirik lagu ini, ada suatu mesej yang ingin disampaikan kepada sesesorang yang menunggu orang yang dikasihinya. Demi menjaga batas dalam perhubungan, perasaan kasih dan sayang dipendam. Tidak terungkapkan melalui kata-kata seperti mudahnya melafaz kata cinta.
Harapan yang suci untuk mejadikan si dia sebagai suri yang halal di hati, menuntut penantian sehingga tiba waktunya. Waktu di mana akan datangnya si lelaki untuk mengambil wanita itu dengan cara yang sah.
Saya ajukan pertanyaan di sini. Bagi yang menunggu atau ditunggu, mampukah untuk dibawa ke syurga abadi? Atau, sanggupkah anda menunggu atau ditunggu? Nantikanku di batas waktu…
Leave a Reply