Demam lagi nih

Salam sejahtera buat semua.

demam

Dah tiga hari tidak ada entri baru kat sini. Bukan takde benda yang nak ditulis, tapi tuan tanah pulak yang sakit. Masa konsert Amy Search malam Sabtu lepas, aku dah mula batuk-batuk. Agak kerap jugak la.

Bila bangun keesokan harinya, suhu badan dah naik dan batuk pun dah makin kuat. Pagi tu, memang bantai tidur je la. Sekali ngan rumet pun sakit. Tapi, tengah hari tu boleh pulak aku gi merayap ke tapak konvo cari makan. Sekadar gi beli makanan je.

Lepas je makan tu, aku terus tidur balik. Petang tu makin berat pulak demamnya. Kepala pun dah berdenyut semacam. Kena pula stok panadol yang aku ada nak abeh. Nasib baik ada kawan yang sudi menolong untuk membelikan panadol tuh. Aku memang dah tak larat nak jalan dah masa tu. Nasib baik aku dah beli burger masa tengah hari tuh.

Hari Isnin tu, semua kelas aku tak pergi. Melepas satu kuiz. Takpelah, melepas satu untuk ambil benda lain pada hari Selasa tu. Nasib baik semalam dah semakin sihat. Bolehlah aku ke lab. Nasib baik lab simulasi jek.

Tapi, petang semalam, sakit kepala datang balik + suhu badan naik balik. Jadi, aku terpaksa ponteng kelas ganti pada malam tu. Dua jam lak tu.

Sejak aku sakit nih, macam-macam lak aku mengidam nak makan. Semalam mengidam nak makan mee bandung. Suruh rumet beli, tapi tak dapat sebab ramai sangat orang. Jadi, aku gagahkan diri untuk pergi beli sendiri.

Lepas dah beli tuh, dah terhidang pun kat depan muka, tiba-tiba lak takde selera nak makan. Adoi.. Pehal la pulak ni? Last2, aku melantak je la sampai habis semangkuk mee bandung tuh. Dua jam baru habis kot.

Sekarang ni pulak rasa nak makan chicken chop. Aish.. Kan bila beli, takde selera lak. Mulut ni pun rasa tak sedap semacam jek. Bila baca status Zura kat gtalk tadi, rasa cam nak makan siakap stim lak. Adoi.. Irda, nak rasa siakap tu leh? Haha.. Siot tul la..

Dah demam nih, banyak la kerja bertimbung. Ada kuiz hari Jumaat nih. Pastu sekarang ni nak kena siapkan laporan eksperimen minggu lepas yang mana aku hilang sepanjang separuh masa eksperimen. Kena pulak aku buat bahagian result and calculation. Data dah la berterabur. Kalau aku sendiri yang catat, memang senang la aku nak trace balik. Pening-pening. Ni pun sakit kepala lagi.

Setakat ni dulu la. Banyak lagi benda nak wat ni. Dah la termiss lunch tadi. Lapar sangat neh.

beliamuda: jangan disuruh aku ke klinik. Maunya kena kuarantin kat pinggir tasik UTP nuh a.k.a Duyung.

30 thoughts on “Demam lagi nih

  1. aku pun sedang demam ni..tp dah beransur pulih..tp mulut ni rasa x sedap je lagi..makan apa pun rasa sama gak..asal ko x g klinik, bahaya dowh skg ni..skurang2nya dapat la ubt n MC..aku dapat mc sapai esk huhu..
    .-= broSKL´s last blog ..buat cop guna photoshop =-.

  2. laa.. demam jugak ke? patutla rasa jarang nampak nifi dua tiga hari ni.. ingatkan luqman je yang tak sihat.. ari tu dia je yang pesan multi-vitamin. get well soon ye korang 😀

    pasal siakap tu, sy ni tolong2 mad je. mad la ketua chef. hehe~
    kalau gi v5 tadi bole la rase terus. kalau nak rase lainkali, bole je, kasik ikan siakap sekor. lol 😛

    semoga cepat sembuh dan boleh ke kelas seperti biasa 🙂
    .-= princess´s last blog ..cuti #2 wajah baru 😀 =-.

    • @princess, nak pulih balik ni, makan masa gak… rasa letih sangat… cam tak bermaya je tubuh..

      papepun, tahniah la memang pertandingan memasak tuh.. 🙂

  3. smoga cpat smbuh.. demam itu merupakan ujianNya.. harap sabar dlm mnempuhinya..get well soon!!!! salam…

  4. ohoh,encik belia demam rupenye. encik belia, saye terselera la pulok melihat gambar yang delicious itu. bila au belanje saye? ekeke. ‘encik yang di atas’itu sudah sihatkah? ekekke. semoga anda cepat sihat. beruntunglah orang yang sakit, orang semasa sakit selalu ingatkan Tuhan.. encik belia jgn mkn obat sampai overdose pula ya!
    .-= ikn´s last blog ..sehari di Jitra =-.

    • @ikn, “encik yang di atas” tu dah sihat awal-awal lagi.. haha.. mintak la dia belanja ikin dulu..

      eh, takde la sampai makan ubat overdose.. nak makan ubat pun payah.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge