Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sudah berkubur?

Salam sejahtera buat semua.

asia-ceramic-diserbu-bnm

Sejak berita Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu syarikat Asia Ceramic Marketing (ACM), pastinya ahli-ahli ceramic tertanya apakah tindakan yang akan diambil. Apakah yang berlaku syarikat? Adakah syarikat ditutup?

Entri saya yang menyiarkan berita BNM menyerbu ACM telah mendapat pelbagai komen daripada pembaca yang kebanyakannya adalah ahli ceramic sendiri. Mereka ternyata risau dan ingin tahu apakah yang terjadi kepada syarikat.

Hari ini, saya telah terbaca di satu blog yang mengatakan ACM telah ditutup. Dalam entri di blog tersebut, penulis merujuk kepada Ceramic Business Club (CBC).

Ceramic Business Club dah tiada lagi. Mungkin bukan rezeki aku. Bukan rezeki ahli2 CBC yang lain jugak. Kenalah aku terima kenyataan ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Borzack

Tambahan pula, beberapa laman web yang dibina sebagai portal Ceramic ini telah dipadam.

Di sini, saya paparkan semula emel balasan daripada BNM kepada saudara Borzack.

Encik Nahar Efendy Bin Noordin,

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 26 Julai 2009.

Kami ingin memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram yang melanggar subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan juga pengubahan wang haram yang melanggar subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaann Keganasan 2001.

Kami ingin memaklumkan bahawa BNM telah berulang kali (melalui surat khabar, iklan dan pengumuman melalui radio dan televisyen) mengingatkan orang ramai supaya hanya menempatkan deposit dan melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya mereka dilindungi oleh undang-undang perbankan dan sekuriti. Pelabur-pelabur yang melabur dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan. Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah (haram).

Untuk makluman, jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) ABIK. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur disini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan BNM atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh BNM di laman web kami seperti di pautan berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh BNM untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Tuan juga boleh merujuk kepada laman web Suruhanjaya Sekuriti untuk membuat pengesahan lanjut di pautan-pautan berikut:

1. http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/licenseMain.html
2.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html
3.http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/IApg_other.html

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke BNM di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel.: 03-26985708 / 03-26985724 / 03-26985776 / 03-26985785

Harap maklum.

Raja Rohafiza bt Raja Hassan
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Email : bnmtelelink@bnm.gov.my

Selain emel ini, ada beberapa lagi emel yang memaparkan keseluruhan pertanyaan daripada Borzack dan emel balasan daripada pihak BNM. Anda boleh baca sendiri di entri ini.

beliamuda: saya tak dapat nak pastikan benda ni sebab tiada sumber sahih, mungkin anda ada tahu sesuatu yang lebih sahih, jangan malu untuk berkongsi di sini…

36 thoughts on “Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd sudah berkubur?

  1. Salam semua,

    Ada tak bukti surat ke apa ke yang menyatakan CBC telah selesai dan CBC terlepas dr sebarang tuduhan?

  2. Asia Ceramaic baru kena serbu….Ini lah kerja jahat BNM, SC dan PDRM Bhg Jenayah Perdagangan dan kerajaan BN….. Dari mula company ni beroperasi..mereka akan biarkan sehingga company ni..betul-betul dah kumpul duit RM50
    juta ka 100juta atau lebih lagi….baru di ambil tindakan…lepas tu mereka akan senyap….dicaj la di
    mahkamah tung tang tung tang…lepas tu diam…duit pelabur…depa tak pulangkan…lepas sekat akaun bank
    company ni…biar bertahun-tahun….lebur begitu saja duit tu masuk kantung kerajaan …Tiada perihatin
    untung pulangkan kepada rakyat yakni pelabur yang melabur… Dah berbelas tahun mereka buat begitu…Itu lah
    sikap BNM @ kerajaan BN.

    Contoh…apa dah jadi kpd Pak Man telo punya pelabur..ada kerajaan prihatin utk selesaikan masalah pelabur yg
    rugi, tidak…mereka biarkan sahaja…kisah tu senyap…Mereka biar company baru tumbuh pada peringkat awal…
    Begitu juga terjadi pada PLSB kat Kulim…..rakyat teranaiya..BNM diam…keluar lg company baru…Swisscash,
    Buluhmas, Norads Travel,MPSB,Astromax,…Jai Network…Empire???…dan banyak lagi kalau nak listkan..pergi
    check kat list BNM, compnay apa yg mereka serbu…semuanya bukan bernilai seratus dua ratus ribu dlam akaun..
    tapi..juta-jutaan….mereka tunggu duit jutaan baru serbu…Bukankah BNM boleh check setiap akaun company yg
    di buka….dan terbaru Asia Ceramic…..dan akan ada lagii….tunggu company ni kutip duit rakyat2 banyak2
    sebanyak mungkin (juta la)…..baru BNM pergi serbu…..lepas ni apa pulak…Island Red Cafe…Hi-Ao (siap
    boleh iklan dlm TV lg) dan lain-lain lg…tunggu saja…Mungkin yang boleh bertahan….company yg ada dok byr monthly kat BNM,SC….monthly payment dok bagi suruh cover… Percaya lah kita rakyat lah yg teraniaya oleh permainan BNM @ BN ni…ada pernah dengar BNM bayar balik kat pelabur yg teraniaya dari duit yg di sekat tu…..tidak ada..
    tunggulah 10 tahun 20 tahun….duit tu masuk kat mereka juga…Ikut-ikut Up-trend pun boleh di ambil tindakan kerana mengambal deposit haram seperti yg lain juga..kenapa tak kena????…sebab…EX-KPDN&HEP..kat dlm tu ka>>??/
    kantau dia bagus kot…???

    Rakyat juga teraniaya…dari haraga barang yg mahal, minyak yg mahal…etc..duit rakyat pula lebur dari skim yang mereka biarkan menghimpunkan duit rakyat pada peringkat awal company tertubuh…jgn mimpi duit Asia Ceramic
    akan dpt dipulangkan…

    Gua bukan pelabur Asia Ceramic….tapi pelabur skim-skim sebelum ini….

    Hancurlah mereka hendaknya….serta kuncu-kuncu mereka yg menzalimi orang di Malaysia ini..Insyaallah

    Wassalam

    • @ibni, Orang-orang BNM sila beri komen…..@ibni ni bgtau betul ke x…nampaknyer mmg mcm tu jalan BNM ni..BNM ni satu hal nak siasat tu siasat la yang duit org bagi la balik bahalol betul la..lepas tu kerja BNM ni tak ada pun aduan daripada ahli-ahli CBC pun dia serbu jgk…mgkin ada aduan la yang dengki tu..bila nak siasat tanya ahli-ahli jgn tau nak siasat tapi tnya diri sendiri..jgn jadi esok di sana (akhirat)org2 BNM ni ambik duit org bnyk soal yg perlu djawab.

    • @ibni,

      aku dah baca memacam benda mengarut dalam tenet, tp slepas baca ko punye posting nih….

      MWAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

      ko nyer thought process nih lalu kat pala lutut dulu ke seblom dia impulse tu sampai kat jari2 ko taip kat keyboard?

  3. kepada wakil BNM sila jawab tomahan yang diberi IBNI,aku pun nk cakap pkr yg sama macm IBNI ni,cuba korang semua fikir,pernah tak BNM pulangkan duit-duit pelabur?apa jadi dgn duit bjuta2 yang BNM freez kan tu?BNM buat apa dgn duit yg di freez tu?BNM yg sebenanya menjalankan pengambilan deposit haram!!

    aku bkn ahli ceramic atu mana2 koompeni yg diserbu BNM tp aku kesian kat pelabur2,sebelum BNM menyibuk , pelabur2 dpt apa yg dijanjikan syarikat tp bila BNM msk cmpur,apa yg pelabur nikmati dh tersekat.

    kenapa BNM tak pulangkan duit2 pelabur?kalo syrkt tertentu tk kena freez mesti sykt berkenaan blh pulangkan semula duit pelabur kalo pelabur tu nk blk duit diaorg.
    mesti panaskan telinga org2 BNM ? so….tlg jawab prtanyaan IBNI dan aku sebelum pelabur2 minta duit diaorg dari BNM.

    • @khp bnm, BETUL JUGAK APE MEREKA CAKAP……… BNM freeze akaun ayarikat lepastu duit entah ke mana. tup2 cakap kompeni haram. pakcik aku orang swiss cash dan cbc. sebelum kena cekup hidup senang sampai setahun. bila kena siasat bnm hilang semuanya. kalau BNM benar2 betul dan mempertahan wang rakyat, bagilah balik RRRRMMMMMMMM $$$$$$$$$$$$$$$$$ mereka tuuuuuuuuuu. BNM yang tipu duit tu……. tapi salahkan syarikat yang disiasat pulak….. SEBENARNYA ORANG BESAR2 KAT MALAYSIA NI TAK NAK SEMUA RAKYAT KAYA-KAYA. NANTI TAK LAKU PULAK BISNIS DATUK-DATUK YANG BERKEPENTINGAN KERAJAAN. ****** KALAU SEMUA PELABUR SYARIKAT YG KENA FREEZE PAKAI MERC, BMW, ROLL ROYCE DIAORANG NAK PAKAI KETA APA BERLAGAK…. HE…. HE…. HE….

  4. ASALAM SLMAT ARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DLM UNDANG2 NEGARA INI KALAU TAK IKUT SYARAT2 KERAJAAN AKAN SEKAT INI MUDAH JE KINI CBC TERKUBUR MAKA LAHIRLAH CBF228 IA D DAFTARKAN DGN MODAL 1.5JUTA UTUK MAKLUMAN TUAN2 CBF228 MEMPUNYAI 8SYKT SDN BHD D BAWAHNYA DAN TELAH MEMENUHI SYARAT2 YANG SETARAF DGN BANK INI MEMBOLEHKAN SYKT MENGAMBIL AHLI DAN WANG AHLI SAYA SETIAP HARI BERHUBUNG DGN MEREKA YANG BERUSAHA KERAS UTK CBF228 MEREKA INI BUKAN AHLI CBF SAYA MENYERU KPD LEADER2 YG BERPENDAPATAN RATUSAN RIBU JGN MELATAH TERUS BERI SOKONGAN ADA YANG TELAH MENDERHAKA PADA CBF MAKA TUNGULAH TINDAKAN SYKT SILA NUBUNGI SAYA JIKA MAHU BERITA2 TERBARU 0137341334 WASSALAM

  5. aku join bisnes ceramic di dah melabur agak2 11k
    memang ramai yang join sbb plan yang bagus..tp ceramic ni disiasat oleh BNM ni sbb disobotaj oleh syarikat MLM juga..
    mls la nak sebut nama syarikat ni..hampeh..
    selagi BNM tak pulangkan duit yang aku laburkan.aku akan haramkan sampai bile2..makan la korang duit haram..cilaka punya BNM..ape salahnya die pulangkan duit tu kat ceramic..then ceramic boleh la pulang balik duit pelabur..sampai mati pun akan takkan halalkan duit aku kt diorang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge