beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Semak Arah Kiblat Anda Pada Hari Ini

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 404 entri

Salam sejahtera buat semua.

Entri ini disetkan untuk terbit pada hari Khamis sebagai peringatan kepada Umat Islam dan saya sendiri untuk menyemak arah kiblat masing-masing pada hari ini, iaitu lebih tepat lagi pada pukul 5.28 petang. Tahukah anda, kesilapan kecil menghadap arah kiblat atau ada perbezaan sudut yang kecil pada arah kiblat boleh membawa kepada tersasarnya arah kiblat kita sehingga beberapa kilometer? Oleh itu, jangan lupa untuk menyemak arah kiblat masing-masing pada waktu tersebut. Tapi sebelum tu, solat asar dulu ya…

Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia, bertarikh 13 Julai 2009 yang diakses daripada Utusan Malaysia Online.

TAWAU 13 Julai – Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

beliamuda: esok dah nak pergi ke Pulau Pinang. Lepas tu terus ke UTP untuk meneruskan sem July 09. Doakan keselamatan saya…


16

July
2009
Masa: 0:00

9 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. tapi kan, aku tgk video ceramah ustaz bilal philips, dia cakap kalo mekah dok belah barat negara kita. dia cakap semayang je asal menghala ke barat… tak perlu angle2 yg specific..huhu
    faris al-muhandisu´s last blog ..Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-52 My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    aku nak jawab pun, cam tak reti sangat, tapi kalau kita ada peluang untuk tentukan kedudukan yang lebig tepat, bukankah itu lebih baik?
    beliamuda´s last blog ..Semak Arah Kiblat Anda Pada Hari Ini My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. 1. iya betul. jgn di permudahkan urusan solat.

    2. slmt smbung study ^_^
    nazra´s last blog ..Nota buat bakal suamiku… My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    Terima kasih…
    beliamuda´s last blog ..Semak Arah Kiblat Anda Pada Hari Ini My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. rue

    yg penting kite yakin ngn arah kiblat kite…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    semestinya… kalau waswas, mcm mana la boleh yakin dengan solat tu…
    beliamuda´s last blog ..Reka Bentuk Baharu Wang Kertas RM50 My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. hmmm..ni yang was2 ni
    blinkcup182´s last blog ..Aku benci betul bila… My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    kalau was2, tanya mereka yang lebih arif..
    beliamuda´s last blog ..Reka Bentuk Baharu Wang Kertas RM50 My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. deepforest

    menghadap kiblat ni salah satu syarat sahnya solat, jangan main-main atawa meringankan bab hadap kiblat ni ye!
    di mana kedapatan cara kaedah ilmu bagi mengetahui kedudukan arah kiblat dari tempat kita berpijak kaki di atas
    bomi ini patutlah kita pelajari dan paham betol-betol. Fenomena sudut matahari (ekuinok/solsetis) disingkap dengan
    jelas dalam Kitab Indok surah Quraish

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan