H1N1: Makin parah ke?

Salam kesejahteraan buat semua.

H1N1-banner

Sejak beberapa hari lalu, jumlah kematian akibat H1N1 telah meningkat. Kes kematian keempat berkaitan H1N1 dicatatkan pagi semalam, yang melibatkan remaja perempuan berusia 20 tahun (baya-baya aku je).

PUTRAJAYA 29 Julai – Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat Influenza A(H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican di Putrajaya hari ini.

Utusan Malaysia Online

Dengan kematian keempat ini, keresahan makin meresap dalam jiwa rakyat Malaysia. Mana taknya, seorang remaja yang berusia 20 tahun boleh dikatakan mempunyai daya tahan paling optimum dalam hayat hidup seorang manusia.Sedangkan tiga kes kematian yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan jumlah jangkitan tempatan juga menimbulkan kerisauan. Ini menunjukkan virus ini seakan sudah mula untuk merebak dalam kalangan penduduk tanpa halangan. Adakah kita telah mengambil cukup langkah untuk menangani masalah ini di peringkat nasional?

Lagi universiti ditutup

Jika sebelum ini kes H1N1 membawa kepada penutupan empat buah kampus UiTM (Lendu, Permatang Pauh, Seri Iskandar dan Dungun) yang seterusnya membawa kepada arahan penutupan sementara kepada seluruh UiTM, beberapa buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut bertindak demikian.

Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan. Penutupan UPM dikatakan untuk mengekang masalah H1N1 yang telah disahkan menjangkiti empat penuntut intitusi itu. Sumber berita boleh dibaca di Mahasiswakini.

Semalam, seorang rakan blogger yang berada di sekitar USM Kampus Kejuteraan mengutarakan bilakah USM kampus itu bakal ditutup kerana lapan orang pelajar telah disahkan positif H1N1. Namun, adik saya memaklumkan masih belum ada apa-apa berita lagi.

Awal pagi tadi, Mama menelefon untuk memberitahu yang adik saya yang berada di kampus itu telah diarahkan pulang mulai hari ini. Sejurus itu, adik saya sendiri memaklumkan tentang berita penutupan itu kepada saya. Sebelum pulang, semua pelajar dikehendaki melalui ujian pemeriksaan kesihatan.

Terdapat beberapa lagi intitusi pengajian lain yang turut diarah tutup sementara.

Rasional Penutupan

Hari ini, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berharap Kementerian Kesihatan mengkaji semula langkah penutupan universiti berikutan jangkitan H1N1.

Beliau berkata, langkah penutupan itu kurang sesuai kerana menyukarkan tugas harian pihak pengurusan universiti termasuk bahagian keselamatan yang perlu memastikan keadaan bangunan sentiasa selamat. <Utusan Malaysia Online>

Satu persoalan di sini. Ada kemungkinan pelajar yang diarahkan pulang adalah sihat pada waktu tersebut. Namun, tiada siapa dapat memastikan yang pelajar tersebut bebas daripada H1N1. Kita tidak pasti apakah pelajar tersebut turut membawa virus itu bersamanya. Jadi, dalam perjalanan pulang sehingga tiba di rumah, sudah berapa ramaikah mereka yang mungkin telah berhubungan dengan pelajar tersebut? Bukankan ini menyumbang kepada penyebaran virus H1N1?

Silalah kongsikan pandangan anda tentang persoalan ini.

beliamuda: H1N1, moga dijauhkan… Tamiflu mungkin akan menjadi tak berkesan suatu masa nanti…

20 thoughts on “H1N1: Makin parah ke?

  1. hmm…rasanya sudah saya sebutkan dalam comment terdahulu. dalam keadaan begini, banyak hal boleh berlaku. ambil langkah berjaga-jaga, redha dalam usaha. beberapa hari lepas muslimin yang masih di UUM ambil inisiatif buat solat hajat.. cadangkan di UTP lah ye kalau belum berbuat..semoga antum di UTP selamat dari wabak h1n1…
    .-= ikin´s last blog ..kisah semasa kecil =-.

    • @rue, saya tersenyum je baca ni.. tahu tak kenapa kuaranti tu tujuh hari? sebab simptom tu akan muncul dalam masa tujuh hari.. err.. paham tak statement ni?

      • @beliamuda, hikhik…paham~~
        owh so pas 7 hari baru de effect lew..
        payoh gak.. act kat uia un de kes.. tp pihak uia cover 😛
        ye r kang uia tutup sian foreinger2..
        xkn nak blek negare mrk plak an..
        .-= rue´s last blog ..MEnTeri & KiDneY =-.

  2. Kian resah dibuat si H1N1 ni. Sekarang timbul pula H3N2. Khabar angin di UMS (Universiti Malaysia Sabah) mengatakan terdapat beberapa pelajar disahkan positif. Ada yang kata 2, 16, 18. =( Namun belum ada apa-apa tindakan daripada pihak UMS.
    .-= Ken´s last blog ..Digitalise myself… =-.

  3. TERKINI : Aku yang berada di POLISAS Kuantan atas urusan mendaftar anak di sana, terpaksa balik dan pendaftaran ditangguhkan ke minggu hadapan kerana 4 orang yang disaring positif H1N1………… Minggu depan pi pulak.
    Dari Kangar pergi ke Kuantan
    Hendak mendaftar anak di POLISAS
    Habis balik betina jantan
    Perabis duit beli tiket bas.
    ( Ada hikmahnya la tu kan kan kan )

  4. Assalamualaikum,

    H1N1 boleh diubati dengan menggunakan Transfer Fcator. Transfer Factor adalah pemakanan yang teruji yang akan menguatkan sistem iminusasi seseorang jika diambil.

    Maklumat lanjut dan testimony boleh didapati di :

    1. Pautan disunting
    2. Pautan disunting
    Wasallam
    JASMIN BIN ISHAK
    019-6527240

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge