Salam sejahtera untuk semua.
Terbaru – Biasiswa JPA Dalam Negara Sesi 2010/2011
Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
A. Syarat Asas
- Warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.
B. Syarat Kelayakan Akademik
1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
- Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
- Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50
2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009
- Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50
3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010
- Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
- Bidang-bidang lain – CGPA 3.50
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN
- Perubatan
– Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar - Sains Tulen
– Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat - Sains Gunaan
– Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat - Teknologi
– Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah - Sastera
– Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras - Sastera Ikhtisas
– Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat
KADAR BIASISWA
Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.
Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Perubatan / Pergigian – 10 tahun
- Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
- Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
- Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
- Pengurusan / Sastera – 4 tahun
- Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun
Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;
- Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
- Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.
Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
- Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
- Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
- Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
- Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
- Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.
TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
PERTANYAAN
- Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
- Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
beliamuda: sila buka dengan Internet Explorer untuk mendaftar di laman ini.. paham2 je la kenapa ya..
Untuk info terkini berkaitan Tawaran Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
salam…sye plajar lepasan stam 2009… biasiswa dimohon scra online… mkna nyer xyh isi borang…?
@faris, yup, tahun ni 100% online.
salam.saye lepasan spm 2009.sye nk tanye ckit.
permohonan jpa degn mara utk tahun nie da bukk or belom ?
ade rumours ckp dah bukak and ade yg ckp belom.
tarikh ttup nk mhon mara ngn jpa nie bler ek ?
and bleyh bg link permhonan jpa degn mara tak ?
dh cr tp tak jmpe.
tq
@TN, permohonan dalam negara bagi sesi tahun ni belum dibuka lagi. kalau nak tahu, boleh check di esila JPA.
salam…beliamuda…saya nak tanya,macamana nak apply JPA ni?
@arein, untuk dalam negara, belum dibuka bagi sesi 2010/2011.
erm..
sy ada 1 ptnyaan..
cmne nk memohon bisiswa mara atau jpa sesi 2009/2010..??
@kulim14, biasiswa dalam negara belum dibuka lagi. biasiswa luar negara sahaja sedang dibuka (lepasan SPM).
@beliamuda, eh?? dalam negara belum lagi ke? aritu saya apply dalam negara right after dpat result. saya silap apply ke?? :0
@ernie, anda maksudkan JPA ke ni? saya tak nampak pun untuk biasiswa dalam negara di eSila JPA tu.
@beliamuda, yup JPA. masa saya apply, ada 3 pilihan. Mara, Jpa luar negara dan Jpa dlm negara. sy letak utk yg dlm negara.
Pertanyaan…
sy tahun akhir diploma…
untuk mengisi bahagian keputusan peperikasaan bagi biasiswa JPA, ada rakan2 menyarankan agar saya mengisi keputusan peperiksaan semester yang terbaik sahaja, bukan keputusan peperiksaan keseluruhan…
adakah ini membantu meningkatkan peratusan untuk memperolehi biasiswa JPA?
@Faiz, tengok kepada apa yang diminta dalam permohonan itu juga. kalau tidak dinyatakan secara jelas, lebih baik letak yang terbaik.
salam..saya nk tnya,mcm maner nk pohon biasiswa.. kami skrg pelajar uitm sem 2 degree..tp sem lepas kami pelajar sem 3 diploma..so,result sem 1 degree kitorg xder..kami pelajar penerapan dari sem 3 diploma terus masuk degree part 2..k..tq.
@mi, untuk permohonan biasiswa, buat masa ini bagi pelajar dalam negara masih belum dibuka. bagi kes anda, lebih baik merujuk kepada pihak yang menawarkan biasiswa tersebut.
kat mane nak download borang permohonan…tak jumpe pon
@snao, biasiswa JPA dalam negara belum dibuka untuk sesi 2010/2011.
saya telah memohon isi program tajaan mara dan mara ke luar negara tetapi lampiran terakhir dekat column perhatian no 1 tulis permohonan anda telah berjaya didaftar tetapi pada no 4 tulis permohonan kali kedua telah membatalkan permohonan ke 2. semasa saya sampai ke halaman terakhir saya semak semula semua halaman yang telah diisi tetapi pada ruang penaja kosong padahal saya telah isi jpa dan selepas saya semak saya isi mara pula. adakah ini dikira permohonan ke 2? adakah saya telah mendaftar permohonan?
@suken, saya kurang faham dengan apa yang anda sedang hadapi. kalau ada masalah berkaitan permohonan, adalah lebih baik jika anda menghubungi pihak berkaitan.
hari ni 28/3/09..biasiswa jpa utuk pegajian dlm negara dah tutup la ek?? just want 2 confirm
@must92, saya tanya balik, mana anda dapat info mengenai hal ini? sebabnya, apa yang saya tahu, biasiswa JPA dalam negara masih lagi belum dibuka. biasanya ia dibuka apabila pelajar telah mendapat tawaran ke IPTA.
@beliamuda, oo,maksud saya utk lepasan spm 2009.. kalau x bukak lg Alhamdullilah… t/kaseh
Asalam.where cn i apply skolarship 4 matric student.i got 3.88 sem 1.cn u inform to my emel when there is ofer.plz.
@Hayatulrizal, rasanya tiada tawaran biasiswa untuk pengajian peringkat matrik dan asasi.