Pendrive Paling Kecil daripada Kerbau

Salam sejahtera untuk semua.

Kerbau? Ada apa dengan kerbau? Ada ke dia keluarkan pendrive sebelum ni? Main lumpur dia tahu la kan… Hmm… pelik betul ni. Apa sudah jadi. Kerbau di atas tu sebenarnya merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan pendrive terkecil di dunia dengan saiz storan yang besar. Rasanya korang dah boleh agak nama syarikat tu kan? kan2?

pendrive terkecil
Gambar pun lebih besar daripada saiz sebenar

Deskripsi Produk

  • Manufacturer / Model – Buffalo / RF2-P
  • Interface – USB 2.0 / 1.1
  • Memory – 16 GB
  • Driver – No installation necessary of a specific driver, as it is USB bus-powered
  • System requirements – PC with Windows Vista®/XP/2000 / Me or Macintosh series PC with Mac OS X (10.2 to 10.5), and USB2.0/1.1 Interface

Tengok berapa saiz memori pendrive tu? Sangat besar jika nak dibandingkan dengan saiz pendrive tu sendiri. Sudah menjadi kebiasaan la kan kalau benda dah pelik cam gini, harganya pun menarik sikit la. Mengikut harga yang ditawarkan oleh Geek Stuff 4 U, setelah ditukar kepada nilai matawang Malaysia, nilainya hampir mencecah RM500. Walaupun harganya mahal, pendrive ini telah pun kehabisan stok dan pelanggan perlu menunggu stok yang seterusnya. Kalau anda pun mahu berbuat demekian, sila jangan segan untuk tempah daripada GS4U tu.

buffalo-pendrive
Molek je pendrive ni duk kat USB

Sebenarnya, ada kelebihan dengan pendrive saiz kecil ni. Dengan saiz 5mm, pendrive ini mungkin terselamat daripada disepak, tersepak atau apa-apa sahaja kejadian yang berlaku semasa sedang dipasang pada komputer ataupun laptop.

Pernah berlaku kejadian yan tidak diingini kepada seorang sahabat pada pendrivenya semasa dipasang pada komputer, yang mana USB komputer tu berada di bahagian hadapan. Pada masa tu, dia nak bangun daripada meja komputer tu, lalu tersepak pendrivenya secara tidak sengaja. Nasib baik hanya terherot sikit. Paling teruk, mungkin orang lain tersepak sampai tercabut masa anda tengah save sesuatu. Ataupun, pendrive tu berkecai terus. Naya betul kan?

beliamuda: aku pun ada satu produk daripada kerbau ni.. my 320GB external hard disk~~

Comments

12 responses to “Pendrive Paling Kecil daripada Kerbau”

  1. Eddie Avatar

    daripada rm500 utk thumb drive 16gb, baik la beli external hdd terus. kalau rm500 tuh dah leh dapat 1 terabyte dah tuh.

  2. hAsNuL Avatar

    haHa…

    mnDe aLah neh saMe besar nGan receiver wireless moUse aKu…

    p/s: maKin keciK maKin senaNg iLangLaa…
    kaLu iLang mang saH da x caRi dah… haHa…

  3. beliamuda Avatar

    @bro eddie
    haha.. btol tu.. entahla.. ramai pulak yang nak beli.. tapi bukan rakyat Malaysia la.. mungkin sebab portability kot..

    @hasnul
    btol tu.. antara kelemahan kalau benda dah jadi makin kecil.. ada pro dan kontra la..

  4. rue Avatar

    alorr…comei nyew~

    tp mahal sgt r…uhuk2~

    mebi in de future akan lebih murah or lebih kecil~

  5. beliamuda Avatar

    nak lagi kecik daripada ni ke? huhu..macam mana la nak pegang nanti.. dah tak jadi pendrive dah..

  6. marzuki Avatar

    haha, macam unik je.

  7. loq Avatar

    gile beso!!wakakaka…
    kalau aku dapat ni..perghhhh
    tapi saiz kecik..kapasiti tinggi..
    mesti tak stabil lagi tu

  8. beliamuda Avatar

    weh loq, apa maksud tak stabil tu? aku kurang ngerti donk~~

  9. zulfitry.com Avatar

    pendrive aku selalu hilang..naik jelik pulak asyik2 nak beli pendrive baru..sekarang ni asyik rembat pendrive member jer..

    akunyer pendrive sony 8gb hilang..tension tol..

  10. beliamuda Avatar

    adakah sebab pendrive itu terlalu kecil?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge