Salam sejahtera untuk semua.
atau yang ini?
TMNet Streamyx, atau bermacam-macam nama yang pernah diberi kepadanya. Antaranya ialah TMNut streamyx, TMNut screamyx., atau snailmyx. Sebagai penyedia perkhidmatan Internet (ISP – Internet Service Provider) terbesar di Malaysia (ni pun sebab dialah yang menyediakan perkhidmatan telefon kat rumah) sering kali menimbulkan kemarahan penggunanya. Yang biasa kita dengar ialah kelajuan yang tak menepati pakej yang dilanggan, servis yang selalu sahaja terganggu, ganggun semasa melayari laman di luar negara dan perkhimatan bantuan telefoni yang sungguh tak best.
Baru-baru ini, perkhidmatan streamyx yang disambungkan ke rumah aku mengalami gannguan. Petang Khamis minggu lepas, aku tinggalkan laptop aku terbuka dengan sambungan internet. Maklumlah, sedang donlod torrent. Masa aku tinggalkan tu, kelajuan dia ok je. Masa aku balik dalam 5 jam kemudian, kelajuan dah jadi 0. YM dan Gtalk aku pun dah offline. Aku ingatkan sebab laptop aku tertutup ke apa. Lagipun, selalu je TM blok akses Internet kalau aku buka torrent lama-lama. Aku biar dulu untuk malam tu.
Esoknya, aku buka balik laptop. Tengok-tengok, Internet takde lagi. Aku dah pelik dah ni. Ni mesti ada prob ni. Aku cuba buka web TMNet. Laju je buka yang ni. Tapi, yang lain-lain, semuanya takleh. Aku dah bengang semacam dah masa tu. Aku online melalui HP aku. Update status kat twitter aku. Pastu, buka web TMNet. Tengok kat bahagian pengumuman, ada satu yang bertarikh hari tu. Aku ingat pengumuman tu untuk gangguan hari tu lah.
05/06/2009
STREAMYX SERVICE INTERRUPTION NATIONWIDE
Dear Valued Customers,
We wish to inform our Streamyx customers that Telekom Malaysia Berhad (TM) will be performing a network upgrading exercise from 11.00 pm, Friday, 12th June 2009 until 6.00 am, Saturday, 13th June 2009.
As a result, Streamyx customers nationwide may experience a disruption of service during the stipulated period. We would like to assure you that the service would resume to normal after this period.
TM apologizes for any inconvenience caused whilst the same time, we would like to assure you that we are upgrading our network to enable us to serve you better.
Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Streamyx related problems.
Thank You.
Pagi Ahad tu, adik aku cuba online. Masih lagi tak dapat. Aku yang takde mood masa tu, buka laptop, layan anime je la. Dalam tengah hari tu, orang TM telefon rumah aku. Dalam emel tu, memang aku dah bagi siap-siap nombor telefon rumah. Macam biasa la, mamat TM tu akan suruh kita check dulu semua wayar sambung ke tak. Aku sambung je la wayar LAN tu ke laptop aku. Dan-dan pulak masa mamat tu telefon, Internet dah ok. Masa tu adik aku yang cakap dengan mamat tu. Lepas tu, aku amik telefon tu, cakap Internet dah ok dan terima kasih. Terus aku letak telefon tu.Baca punya baca, tu untuk minggu depan punya. Kebiasaannya, kalau ada masalah, pelanggan akan telefon talian 100. Tapi, disebabkan aku tahu yang memang tak bestnya telefoni tu akan jawab, tak jadi aku telefon. Kalau nak tahu contoh jawapan biasa daripada diaorang, boleh baca di sini. Lepas tu, aku ambil emel TM untuk report. Aku nak tengok berapa lama dia baca emel tu dan respon. Lagipun, aku sibuk dengan kenduri masa tu.
Hari Isnin (masa aku tulis entri ni), elok je aku surf internet pagi tu. Dalam tengah hari tu, ada satu simptom tidak sihat mula kelihatan masa aku tengah donlod daripada Rapidshare (guna jdownloader). Error yang keluar, “No internet connection”. Apa kejadahnya? Aku cuba buka Friendster. Lembab giler. Aku buka blog aku, laju pulak. Aku bukak Google pun lembab. Buka Google Malaysia, laju pulak. Aku rasa cam sambungan Internet ke luar negara dah terganggu masa tu. Terus aku takde mood nak online. Aku cuba F5 beberapa kali, haram tak jadi jugak. Last2, aku offline dan tutup laptop. Dalam sejam kemudian, aku buka balik, Internet dah takde terus. Macam biasa, satu je web yang masih boleh dibuka. Lu pikir la sendiri…
beliamuda: apa berlaku akhirnya? aku anta emel pada hari Rabu… lepas tu, streamyx dah boleh guna petang tu. Malamnya, TM call cakap memang streamyx tengah tak stabil. Talian 100 memang sibuk giler masa streamyx tak leh guna tu. **banyak link berkaitan diri aku yang aku bagi dalam entri ni, kecuali yang pasal jawapan telefoni tu**
Kat jepun skng dh ade smpai 100Mbps dh utk home usage.. Huhu.. Org kate kat sane bese la x Mbps speed tenet kat umh..
wah, deli.. kali pertama komen kat blog aku..
well, kat Korea Selatan dah mulakan pembangunan untuk Intenet 1Gbps..
biasalah
streamyx
kadang2 ada down
tapi kat tempat aku ni laju je..hohoho
ni 1st day gune celcom broadband. sy amik modem zte + pakej 68 per month unlimited. speed 384kBps. erm. compare dgn lan UTP, celcom broadband lg laju. tp klw dgn wireless UTP, rase cm wireless UTP lg lju kot(apth lg ble org xde sgt kt utp. hehe)
aik? ni broadband sendiri ke? kat GG kata adik punya.. hehe… LAN UTP tu, segala benda orang buat guna. DC++, game dan bermacam lagi… wireless memang la best.. pernah mencapai speed 100 KBps (kilobytespersecond, bukan bit), tapi sayang sem depan macam dah takde jek..
Pingback: Bilo kawe dop tahu nok tulih gapo « beliamuda
alhamdulillah, stimik aku ok lagik
aku tumpang gembira untuk ko.. aku merana lagi dengan streamyx sejak dua hari lepas.. hari ni baru elok balik..
streamyx dari dulu g gini…cam shiall
hoho.. mcm tu la.. tapi nak wat cmne.. itu je pilihan yang ada.. lain la kalau duk area KL nuh.. banyak pilihan..
~~sabo2