beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Apabila streamyx buat hal lagi

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 574 entri

Salam sejahtera untuk semua.

streamyx_logo

atau yang ini?

streamyxsucks01

TMNet Streamyx, atau bermacam-macam nama yang pernah diberi kepadanya. Antaranya ialah TMNut streamyx, TMNut screamyx., atau snailmyx. Sebagai penyedia perkhidmatan Internet (ISP – Internet Service Provider) terbesar di Malaysia (ni pun sebab dialah yang menyediakan perkhidmatan telefon kat rumah) sering kali menimbulkan kemarahan penggunanya. Yang biasa kita dengar ialah kelajuan yang tak menepati pakej yang dilanggan, servis yang selalu sahaja terganggu, ganggun semasa melayari  laman di luar negara dan perkhimatan bantuan telefoni yang sungguh tak best.

Baru-baru ini, perkhidmatan streamyx yang disambungkan ke rumah aku mengalami gannguan. Petang Khamis minggu lepas, aku tinggalkan laptop aku terbuka dengan sambungan internet. Maklumlah, sedang donlod torrent. Masa aku tinggalkan tu, kelajuan dia ok je. Masa aku balik dalam 5 jam kemudian, kelajuan dah jadi 0. YM dan Gtalk aku pun dah offline. Aku ingatkan sebab laptop aku tertutup ke apa. Lagipun, selalu je TM blok akses Internet kalau aku buka torrent lama-lama. Aku biar dulu untuk malam tu.

Esoknya, aku buka balik laptop. Tengok-tengok, Internet takde lagi. Aku dah pelik dah ni. Ni mesti ada prob ni. Aku cuba buka web TMNet. Laju je buka yang ni. Tapi, yang lain-lain, semuanya takleh. Aku dah bengang semacam dah masa tu. Aku online melalui HP aku. Update status kat twitter aku. Pastu, buka web TMNet. Tengok kat bahagian pengumuman, ada satu yang bertarikh hari tu. Aku ingat pengumuman tu untuk gangguan hari tu lah.

05/06/2009

STREAMYX SERVICE INTERRUPTION NATIONWIDE

Dear Valued Customers,

We wish to inform our Streamyx customers that Telekom Malaysia Berhad (TM) will be performing a network upgrading exercise from 11.00 pm, Friday, 12th June 2009 until 6.00 am, Saturday, 13th June 2009.

As a result, Streamyx customers nationwide may experience a disruption of service during the stipulated period. We would like to assure you that the service would resume to normal after this period.

TM apologizes for any inconvenience caused whilst the same time, we would like to assure you that we are upgrading our network to enable us to serve you better.

Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Streamyx related problems.

Thank You.

Pagi Ahad tu, adik aku cuba online. Masih lagi tak dapat. Aku yang takde mood masa tu, buka laptop, layan anime je la. Dalam tengah hari tu, orang TM telefon rumah aku. Dalam emel tu, memang aku dah bagi siap-siap nombor telefon rumah. Macam biasa la, mamat TM tu akan suruh kita check dulu semua wayar sambung ke tak. Aku sambung je la wayar LAN tu ke laptop aku. Dan-dan pulak masa mamat tu telefon, Internet dah ok. Masa tu adik aku yang cakap dengan mamat tu. Lepas tu, aku amik telefon tu, cakap Internet dah ok dan terima kasih. Terus aku letak telefon tu.Baca punya baca, tu untuk minggu depan punya. Kebiasaannya, kalau ada masalah, pelanggan akan telefon talian 100. Tapi, disebabkan aku tahu yang memang tak bestnya telefoni tu akan jawab, tak jadi aku telefon. Kalau nak tahu contoh jawapan biasa daripada diaorang, boleh baca di sini. Lepas tu, aku ambil emel TM untuk report. Aku nak tengok berapa lama dia baca emel tu dan respon. Lagipun, aku sibuk dengan kenduri masa tu.

Hari Isnin (masa aku tulis entri ni), elok je aku surf internet pagi tu. Dalam tengah hari tu, ada satu simptom tidak sihat mula kelihatan masa aku tengah donlod daripada Rapidshare (guna jdownloader). Error yang keluar, No internet connection”. Apa kejadahnya? Aku cuba buka Friendster. Lembab giler. Aku buka blog aku, laju pulak. Aku bukak Google pun lembab. Buka Google Malaysia, laju pulak. Aku rasa cam sambungan Internet ke luar negara dah terganggu masa tu. Terus aku takde mood nak online. Aku cuba F5 beberapa kali, haram tak jadi jugak. Last2, aku offline dan tutup laptop. Dalam sejam kemudian, aku buka balik, Internet dah takde terus. Macam biasa, satu je web yang masih boleh dibuka. Lu pikir la sendiri…

beliamuda: apa berlaku akhirnya? aku anta emel pada hari Rabu… lepas tu, streamyx dah boleh guna petang tu. Malamnya, TM call cakap memang streamyx tengah tak stabil. Talian 100 memang sibuk giler masa streamyx tak leh guna tu. **banyak link berkaitan diri aku yang aku bagi dalam entri ni, kecuali yang pasal jawapan telefoni tu**

12

June
2009
Masa: 10:07

21 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. sabar ye.. menguji kesabaran tu.. biase la hal2 mcm ni… buatan manusia..

    [Reply]

  2. acadterror

    aku xphm la syarikat2 intenet kat msia nih.bkan nye nak wat servis yang terbaek.sume nak kaut untg je lebih

    [Reply]

  3. agak2 kt luar negara depa punya internet connection cmna eh?
    ntah2 laju drpd kita kan
    T_T

    [Reply]

  4. @umizue
    hmm.. memang kena sabar.. dah banyak sabar dah… kalau tak, memang kena maki je diorang tuh..

    @acadterror
    entahlah… mungkin sebab takde persaingan secara jelas lagi antara ISP ni. Lagipun, jurang penggunaan Internet kat Malaysia antara kampung dan bandar sangat ketara.

    @nazra
    luar negara.. hmm.. cam Korea Selatan, Internet diaorang memang power ar.. Singapura pun ok rasanya…

    [Reply]

  5. erm.. memandang kan daku gune ok jew.. so.. mebi certain tmpt jew kot..

    [Reply]

  6. maybe certain tempat… tapi sejak akhir2 ni, banyak sangat gangguan…

    [Reply]

  7. tak silap aku masa ni streamyx problem satu malaysia. nak jadi lebih hampeh, call helpdesk enggaged. lepas 2 jam baru ada voicemail
    “harap maaf. kami sedang mengalami gangguan radius bla.. bla.. bla..”

    [Reply]

  8. ye ah.. masa call tu, memang engganged je manjang…

    [Reply]

  9. Okie je kat sabah, tgg giliran jd slow mgkn pas semenanjung.

    [Reply]

  10. baguslah kalau ok.. katanya, tengah uograde servis.. entahlah.. minggu depan akan ada gangguan lagi..

    [Reply]

  11. deli

    Kat jepun skng dh ade smpai 100Mbps dh utk home usage.. Huhu.. Org kate kat sane bese la x Mbps speed tenet kat umh..

    [Reply]

  12. wah, deli.. kali pertama komen kat blog aku..
    well, kat Korea Selatan dah mulakan pembangunan untuk Intenet 1Gbps..

    [Reply]

  13. biasalah
    streamyx
    kadang2 ada down
    tapi kat tempat aku ni laju je..hohoho

    [Reply]

  14. ni 1st day gune celcom broadband. sy amik modem zte + pakej 68 per month unlimited. speed 384kBps. erm. compare dgn lan UTP, celcom broadband lg laju. tp klw dgn wireless UTP, rase cm wireless UTP lg lju kot(apth lg ble org xde sgt kt utp. hehe)

    [Reply]

  15. aik? ni broadband sendiri ke? kat GG kata adik punya.. hehe… LAN UTP tu, segala benda orang buat guna. DC++, game dan bermacam lagi… wireless memang la best.. pernah mencapai speed 100 KBps (kilobytespersecond, bukan bit), tapi sayang sem depan macam dah takde jek..

    [Reply]

  16. alhamdulillah, stimik aku ok lagik

    [Reply]

  17. aku tumpang gembira untuk ko.. aku merana lagi dengan streamyx sejak dua hari lepas.. hari ni baru elok balik..

    [Reply]

  18. streamyx dari dulu g gini…cam shiall

    [Reply]

  19. hoho.. mcm tu la.. tapi nak wat cmne.. itu je pilihan yang ada.. lain la kalau duk area KL nuh.. banyak pilihan..

    ~~sabo2

    [Reply]

  20. streamyx maken lame maken teruk… dlu mse subscribe awl2 dlu.. first week subscribe da complain…
    cm biasa la.. suh check cabel la.. modem la…
    pastu wt assumption cabel kt rumah yg teruk…
    skang ni da mls nk complain… n connection sgt teruk utk dload.. upload ok je… wlaupn terasa nk complain lg ni… haha

    n now.. subcribe p1 wimax plak… seb bek ok… speed constant je… 1.2mbs.. ble dload.. 160kB/s biasa je la… tp ble mlm kdg2 dia slow… but still ok compared tu streamyx..

    n aritu ble p1 down.. dia anta sms bgtaw ad gangguan… n sorry for inconvenient..

    [Reply]

  21. ko beruntung sebab berada dalam kawasan liputan P1 Wimax.. streamyx asyik cakap buat upgrade servis.. tapi servis masih tak stabil lagi.. adoi~~

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Bilo kawe dop tahu nok tulih gapo « beliamuda 14 06 09

Komen anda

CommentLuv diaktifkan