Sekadar perkongsian ringkas untuk sahabat dan rakan-rakan semua…
Seindah Mawar, tetap berduri
Mawar yang indah sentiasa melindungi dirinya dengan duri bagi menghalang dirinya disunting sebelum waktunya. Mawar sering dikaitkan dan disamaertikan dengan wanita.
Kenapa wanita?
Kerana wanita yang baik akan sentiasa memelihara dan menjaga dirinya dengan sebaik-baik penjagaan. Mawar berduri adalah kiasan buat perempuan yang begitu menjaga kehormatan dan maruah diri serta agamanya. Perempuan seperti inilah yang disarankan kepada setiap lelaki memilihnya. Dalam hadis Nabi, Baginda bersabda yang mafhumnya bermaksud, “Nikahi wanita atas empat perkara iaitu keturunannya, hartanya, kecantikkannya dan agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu selamat”.
Daripada hadis tersebut dapat kita fahami bahawa mawar yang berduri itu adalah wanita yang baik pekertinya, molek akhlaknya dan cantik dihati bakal suaminya. Kecantikan wanita tidak hanya dinilai dari aspek luaran tetapi segenap aspek diambil kira bagi menilai kecantikan itu.
Kenapa mawar berduri dikiaskan buat wanita yang baik?
Kerana wanita yang baik begitu menjaga diri,maruah seta agamanya.
beliamuda:
Akhirnya, aku telah tiba di rumah. Aku tiba seawal jam 5 pagi lagi, hari Rabu yang lepas. Selepas berhempas pulas untuk semester ini, ditambah dengan kejatuhan mendadak prestasi dalam akademik, aku bercadang untuk menjadikan cuti semester ini sebagai medan untuk memperbaiki diri. Perancangan untuk semester ini juga telah dibuat terlebih dahulu. Harapnya, kebanyakan perkara yang dirancang dapat ditunaikan. Namun, ketahuilah, kita merancang, ALLAH juga merancang, perancangan ALLAH itulah yang terbaik.
Betapa aku berdebar semasa menghampiri jam 12, hari Isnin yang lalu. Kebetulan aku dapat menyiapkan paper PHT lebih awal, aku termenung sejenak. Memandang jam di atas pentas. Terasa berdebar untuk mengharungi cabaran yang bakal bermula selepas pukul 12 itu. Sekarang ini, aku sedang berdepan dengan cabaran untuk mengharungi hari-hari mendatang di sepanjang cuti semester kali ini. Prestasi dalam cuti kali ini akan menjadi pentunjuk penting untuk prestasi akademik aku pada semester July 2009. Aku keluar dari dewan peperiksaan Isnin yang lalu diiringi dengan “The Last Smile“.
Saat entri ini disiarkan, aku dan keluarga sedang dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri majlis akad nikah dan kenduri sepupu aku di Melaka. Amin kata, “Welcome to MELAKA yg indah , bersih, nyaman, cool, menawan, cantik, beseri, maju, membangun, terbaek dan juga bersejarah..hahh”
mawar itu memang berduri
oleh itu berhati-hati untk memetiknya
tersalah kerot, jari berdarah
klu tepat harum baunya
amek pengalaman tuh nipi gi mlaka
mudoh seksok,haha
yg cedihnyew x sume spt bunge mawar…huu~
@penaberkala…
memang susah pun nak petik bunga mawar ni.. tambah2 pula yang memang banyak durinya.. hmm
@rue…
itu lah..
Teruskan usaha dan senyum slalu ea.. InsyaAllah hari2 mendatang akan lebih ceria n lebih maju…
ehem, ehem…
satu lagi bunga tu untuk siape??? heee….
nak….. ngee haha
TQ2..
bunga tu untuk spe ya? hmm.. amik la kepada spe2 yang sudi.. hehe~~
suke bace sume ni..thanks….. 😉
@aQaNNa, sama-sama.