Aku rindu pada satu nama yang berjasa

Gambar ni je ada.. tu pun hotlinking dari Friendster...

Entri khas ini ditujukan kepada para pendidik yang telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada setiap insan yang pernah belajar di sekolah, bersempena dengan sambutan Hari Guru tahun ini yang betemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”. Aku pun bukan nak komen sangat pasal tema tahun ni. Aku cuma ingin mendedikasikan ucapan ini kepada guru-guru yang pernah mengajar aku, walaupun aku tahu kebarangkalian untuk cikgu baca entri ini adalah sama seperti kebarangkalian untuk terjumpa seketul tukul dalam pokok (sila rujuk CSI Season 9 Episode 21 – If I Had A Hammer).

Kalau diimbas kembali, ada satu benda paling dajal aku pernah buat kat cikgu. Lagipun, masa tu aku baru darjah dua. Bukan sengaja pun. Tapi kreatif punya pasal. Kebiasaannya susunan meja dalam kelas adalah berdua ataupun dalam bentuk kumpulan.Susunan meja kat dalam kelas aku masa tu berdua kot. Kan meja tu ada kaki dia. Pastu, antara kaki dia tu kan ada palang (korang boleh bayangkan tak?).

Aku dengan member yang sekepala, letak la batang penyapu antara laluan tu. Betul-betul atas palang kaki meja tu. Masa tu masa rehat kot. Kita orang saja buat macam tu sebagai bahan gurauan antara rakan-rakan. Entah macam mana aku boleh lupa pasal penyapu tu. Masih ada lagi di laluan tu. Masa tu cikgu dah masuk. Oh ya, nama cikgu tu, Cikgu Awang. Dia berjalan kat laluan tu dan sememangnya dia tak perasan pun ada batang penyapu di situ. Dia main lalu je, lalu merempuh batang penyapu itu dan hampir-hampir tersadung.

Memang kena kaw2 la orang kata. Marah la kot cikgu masa tu. Akhirnya, aku berserta beberapa rakan lain disuruh berdiri kat depan kelas. Sebenarnya, aku tak biasa kena denda ni. Aku rasa agak malu la masa tu. Huhu… Cukuplah perkongsian dajal yang aku pernah buat dengan guru. Tahun depan aku cerita kisah lain pulak. Haha…

Sebelum aku akhiri entri yang aku nak buat secara serius tapi turn out jadi tak serius, aku nak ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku di Sekolah Kebangsaan Jelawat (darjah 1 – 6), Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat (tingkatan 1), MRSM Transkrian (tingkatan 1 – 3) dan MRSM Pengkalan Chepa (tingkatan 4 dan 5). Sesungguhnya aku rindu pada mereka dan ingin sekali aku bertemu dengan mereka. Cikgu, saya rasa kurang bersemangat la nak belajar sekarang, zzz…

beliamuda: dah seminggu sejak aku masukkan entri terakhir. Bukan aku tak nak, tapi dua hari lepas tu, server blog aku down. Kemudian, aku beli hosting baru. Malangnya, kunci rumah untuk domain aku masih belum dijumpai, jadi kena tunggu admin hosting sekarang pulang dari China sebelum dia boleh selesaikan masalah aku. Isnin ni kot. InsyaALLAH~~

11 thoughts on “Aku rindu pada satu nama yang berjasa

  1. huhu..nakal juga ko ni …

    aku pernah sekali gaj gaduh ngan ckgu..memang unexpected la…hehe…maklumlah, org yg ada prinsip, adalah org yg tegas…hehe

    anyway…. selamat hari lecturer..

  2. Skg nakal gi ke? hmm.. ada la sikit2.. dah terkawal da.. dah ada orang sound… huhu~~

    untuk Izo, blog ni dihoskan di TNN dan bakal berpindah dalam masa terdekat ni.. dah beli hosting baru, cuma domain tak pindah lagi…

  3. hosting murah je.. yg ni RM15 setahun.. domain ni je dalam RM35. Boleh je kot kalau nak guna domain free cam .co.cc..

    nak tahu nape gambar lain? sebab gambar tu ikut emel kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge