Mikhail – Novel Terbaru RAM

Mikhail, novel terbaru terbitan alaf 21 daripada RAM atau Ramlee Awang Murshid, penulis novel thriller popular baru sahaja dikeluarkan. Novel Mikhail baru sahaja berada di pasaran mulai Jumaat lepas dan semalam aku telah berjaya mendapatkan novel tersebut yang dijual di Syarikat Muda Osman (SOM). Seperti biasa, harga novel ini ialah RM19.90 dan jika anda bernasib baik anda akan mendapat diskaun yang ditawarkan oleh penjual.

Disertakan sinopsis yang terdapat pada kulit belakang novel ini:

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Ulasan tentang buku ini mungkin akan dilakukan selepas aku habis membacanya, lagi enam bulan mugkin. Bukan apa, buku Hijab Sang Pencinta yang aku beli bulan Ogos tahun lepas juga masih belum habis dibaca. Haha… Sibuk sangat nak baca buku akademik… :p.

Bagi pembaca yang mempunyai akaun Goodreads, anda boleh menambah novel Mikhail ke dalam senarai buku anda. Novel Mikhail telah dimasukkan ke dalam senarai buku di Goodreads oleh beliamuda yang budiman.

beliamuda: jika anda peminat RAM, sila ke laman RAMFC. Terima kasih kepada Nur Akmal kerana entrinya yang memberitahu tentang kewujudan novel ini…

Comments

22 responses to “Mikhail – Novel Terbaru RAM”

  1. rue Avatar

    rajinnyew kamu membace ek..

    tp klu org2 yg xbpe minat membace cam sy nie camne r..huu~

    every time start reading..mesti x abis bce..lol
    lg2 bku2 facts..

    klu novel yg besh mebi abis r..tp ssh r nk jmpe novel yg “my type” (klu bce bleh terlekat r)

    ade cadangan bku x??

    klu bole bku ala2 islamic sket r..

    1. beliamuda Avatar

      sebab tu la kita kena semai sikap suka membaca… saya sangat suka baca buku fakta.. tambah-tambah pasal sejarah

      buku islamik? yang macam mana? dalam bentuk novel atau memang jenis fakta dan seius…

      1. aim Avatar

        Dlm mighrab cinta…novel yang berkonsepkan islam..dari penulis novel Ayat2 Cinta..dari cerita ini juga menceritakan kehidupan yang mana perbuatan jahat akan dibalas jahat dan yang baik akan dibalas baik dengan Izin Nya…

    2. aim Avatar

      saya saran baca novel dalam mighrab cinta…citer tur sedih…hahahah tp kekadang rse klakar lar laki2x baca novel…

  2. rue Avatar

    Syarikat Muda Osman tu katne?

    1. beliamuda Avatar

      syarikat SOM tu kat Kelantan… Antara dua syarikat penjual buku yang popular di Kelantan..

  3. nur akmal Avatar

    biasa lar tue kl mmg dh minat sgt novel RAM. peminat setia. every book i have….
    huhuhu!!~
    novel islamik pon ad gak…
    yang paling latest yg nak keluar adlh “mengintai cinta dari kamar khalifah” by a ubaidillah alias…. keluar awal april lar bak kata penulis.
    sama2 kt nntikn.
    buku yg penah dia tulis adalah,
    “warkah berbau syurga”
    sgt best dn sarat dgn cinta islami….
    “tautan hati” pon best keluaran telaga biru….
    “selamat membaca….”

    1. beliamuda Avatar

      Terima kasih di atas cadangan buku2 tersebut… kalau ada peluang, pasti akan dibaca… huhu~~

  4. irsyad Avatar

    aku bkn peminat setia RAM, tapi antara novelis malaysia, aku paling suke bace novel dye..
    x jiwang sngt n bnyk info ad lam tu..bkn hanya sekadar cinta-cintun je..

    Mikhail? yeah, aku prnh bace sinopsis yer..hehe

    1. beliamuda Avatar

      kalau banyak cintan-cintun, takde la novel tu dipanggil novel thriller.. nanti jadi novel jiwang pulak.. huhu~~

  5. rue Avatar
    rue

    bku2 RAM kat mph un ade an..
    or certain2 bookshop jew ??

    1. beliamuda Avatar

      ada je… kalau tak jumpa, tanya orang kat kedai tu…

  6. Irsyaduddin Zakwan Avatar
    Irsyaduddin Zakwan

    Ye ke baca buku academics? hmm… cam x caye je

    1. beliamuda Avatar

      ye ah.. menuntut ilmu mende kalau dop baca buku akademik… ko guano?

  7. akitod Avatar
    akitod

    dah bace novel ni
    boleh tahan la

    1. beliamuda Avatar

      dah habis ke? saya baru je baca separuh.. boleh tahan la novel kali ni..

  8. apple Avatar
    apple

    RAM memang best, mikail x bc lg. on the way. what ever truskan meminati ram……..

  9. […] 24 November. Novel ini telah diberitahu akan menjadi tajuk seterusnya yang akan dikeluarkan setelah novel Mikhail yang berada di pasaran sejak bulan Mac yang […]

  10. jaripatah Avatar
    jaripatah

    bila baca Mikhail teringat film Hitman pula
    kurang lebih je

    1. beliamuda Avatar

      @jaripatah, Mikhail tu seorang hitman kan?

      1. jaripatah Avatar
        jaripatah

        @beliamuda, mikhail tu hitman la kan?
        assasin kan
        aku x baca hbs lg…hehe
        ko dh tgk film HITMAN x?
        main game Htman ke….?
        mst ko akn jmpa persamaannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge