Apabila beliamuda {dot} com Berumur 2 Tahun

Salam sejahtera buat semua.

Jujurnya, saya kurang ingat bila tarikh tepat lahirnya blog beliamuda {dot} com ni. Yang saya pasti, saya bermula dengan domain beliamuda.com pada bulan Mac 2009. Sudah dua tahun la tu kan?

Mungkin disebabkan saya sendiri lupa akan tarikh sebenar bilakah tarikh lahirnya blog ni, maka dia pun mula buat-buat merajuk dengan saya. Nak tahu apa yang berlaku apabila beliamuda {dot} com cukup umurnya 2 tahun?

Tengok dalam gambar di bawah!

Continue reading

Buat Penaberkala: Kalau Mulut Kata Sayang, Itu Bukan Alasan!

Salam sejahtera buat semua.

Sakit hati aku
Menanti ucapan manis darimu
Sekadar minta diingati
Tapi kau terlupa!

Kau kata bukan sengaja
Kalau mulut kata sayang
Itu bukan alasan

Maaf kau pohon
Namun berat hatiku mahu menerima
Tapi kau bernasib baik
Masih kau ingat memori lama

Madah panjang yang kau tulis
Siap cakap-speaking lagi
Nasib baik tiada kecek-pelawok
Ku terhibur dalam duka

Continue reading

Bermain Google Pacman Untuk Selamanya

Salam sejahtera buat semua.

Google Pacman

Siapa sangka Google Pacman yang dimasukkan sebagai Google Doodle semasa ulang tahun ke-30 Pac-man baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada pengguna Google.

Google Pacman tersebut telah dikekalkan selama 48 jam di laman carian Google (rasanya lebih lama daripada tempoh masa tersebut).

Lakaran Kehidupan Wajah-Wajah Ceria

Salam sejahtera buat semua.

Gambar itu merekodkan seribu satu makna. Wajah keceriaan yang dipaparkan sungguh bermakna. Daripada gambar yang dirakam secara digital, ditukar menjadi lakaran kehidupan hitam putih, hadirnya makna tersendiri.

Mengisi kebosanan studi dan saat-saat projek ETP hampir kemuncak, apa salahnya menajamkan lagi skil photoshop. Alang-alang mencuba skil baru, praktik sampai puas dulu la. đŸ™‚

Layan lakaran kehidupan di bawah yang mempunyai kisah tersendiri…

Continue reading