Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

Salam sejahtera buat semua.

pen jam kad matrik utp

Nombor matrik???

Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.

Dementia – Aku Menangis Kerananya, Rindu Pada Mama dan Abah

Salam sejahtera buat semua.

Inilah entri yang telah aku maksudkan dalam beberapa entri sebelum ni. Suatu kisah yang dipaparkan dalam sebuah filem pendek yang dipertandingkan bersempena dengan konferens Alzheimer’s Disease International pada Mac 2009 yang lalu. Filem pendek ini memenangi tempat pertama untuk petandingan video. Filem ini sangat menyentuh hati, sehingga menyebabkan aku sendiri menitiskan air mata bila menontonnya. T_T

Ada juga hikmahnya aku tangguhkan dulu entri ni. Semalam, ada satu kisah menyayat hati yang disiarkan dalam Harian Metro. Berikut adalah keratan berita tersebut. Continue reading