Salam sejahtera buat semua.
Kemaskini status pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Nibong Tebal (Kampus Kejuruteraan) yang ingin meletupkan helikopter Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib akhirnya membawa padah kepada diri sendiri apabila dia ditahan. Berita mengenai hal ini telah saya ketahui beberapa hari sebelum ini lagi, namun tidak berapa diendahkan.
Semalam, saya dapat tahu yang pelajar berkenaan telah ditahan oleh pihak polis atas tulisan status tersebut, namun dilepaskan buat sementara waktu kerana sedang menduduki peperiksaan. Ya, saya tahu pelajar USM Kampus Kejuruteraan sedang menduduki peperiksaan sekarang ini kerana saya ada dua orang adik perempuan di sana. Namun, tak pula saya bertanya kenalkah mereka dengan mahasiswa yang dimaksudkan tersebut.