Mumble-less Monday #21: Nashunter Yang Hensem

Salam sejahtera buat semua.

Nash Hensem

Lokasi gambar ini dirakam adalah di Taman KLCC @ KLCC Park selari dengan perjumpaan yang dirancang bersama-sama dengan CJ7. Walaupun ahli CJ7 yang datang hanyalah empat orang dengan kehadiran paling jauh dari Muar iaitu Ponci.

Dua aktiviti menarik dilakukan iaitu menonton wayang dan menangkap gambar di sekitar KLCC. Saya pun ada bawa Alpha semalam. Dapat juga menuntut sedikit sebanyak ilmu daripada Nashunter yang hensem ni. Mana gambar menarik yang dirakam semalam?

Continue reading

Perjumpaan Khas Bersama Rakan CJ7 di KLCC Park

Salam sejahtera buat semua.

Putera CJ7

Apabila masing-masing semakin sibuk dan medium untuk terus berhubung hanyalah melalui penggunaan teknologi telekomunikasi dan Internet, perjumpaan dan bersua muka dengan rakan-rakan seperjuangan menjadi lebih bermakna dan lebih dihargai.

Kalau dulu boleh bertemu serampang dua mata setiap hari dengan rakan-rakan yang lain sama ada di asrama ataupun kelas, selepas tamatnya pengajian dan masing-masing telah membawa haluan sendiri, semua itu kini hanya tinggal kenangan.

Continue reading

091011

Salam sejahtera buat semua.

Tarikh menarik

Agak tak patut untuk meletak tajuk entri dengan menggunakan angka sahaja. Tetapi itulah tarikh hari ini. Satu turutan nombor yang menarik iaitu bilangan menaik angka 9, 10 dan 11. Tiada apa yang istimewa pun.

Tadi terperasan satu tuit daripada Penaberkala yang memperkatakan tentang tarikh hari ini yang lawa. Kalau pada tahun lalu, tarikh yang lawa adalah pada 101010, juga jatuh pada hari Ahad. Tapi pada tahun lalu, tiada pula yang saya tulis mengenai tarikh tersebut.

Continue reading

Finale Cinta Kantoi Edisi 2.0: Beraksi Dalam Rakaman Video

Salam sejahtera buat semua.

Nuar Vanggey SII

Kembali lagi kita dalam Cinta Kantoi Edisi 2.0. Kini kita sudah berada di finale bagi edisi kali ini. Korang dah melawat minisite Samsung Galaxy SII yang saya kongsikan dalam dua entri Cinta Kantoi Edisi 2.0 sebelum ini? Kalau belum, jangan segan-segan untuk ke sana.

Seperti yang ditulis dalam entri kedua Cinta Kantoi Edisi 2.0 sebelum ini, korang boleh berinteraksi dengan video yang memaparkan aksi pengguna-pengguna Samsung Galaxy SII dengan gajet masing-masing.

Continue reading