Puisi Unggun Bersih oleh A. Samad Said (Audio dan Video)

Salam sejahtera buat semua.

Unggun Bersih A. Samad Said

Tempoh hari saya telah kongsikan pengalaman saya bertembung dengan kumpulan berbaju merah yang disangka Patriot. Kali ini, saya ingin kongsikan pula dengan anda semua puisi Unggun Bersih hasil karya A. Samad Said.

Audio bagi puisi Unggun Bersih yang dideklamasikan sendiri oleh A. Samad Said sambil diiringi muzik oleh Az Samad ini boleh didengar secara dalam talian di SoundCloud, namun terdapat had untuk muat turun.

Oleh kerana saya telah berjaya memuat turun fail audio mp3 Unggun Bersih tersebut, saya telah memuat naik ke laman perkongsian fail untuk memudahkan mereka yang berminat untuk mendapatkan deklasmasi Unggun Bersih tersebut.

Continue reading

Bersih 2.0 (Kuning) vs. Patriot (Merah)

Salam sejahtera buat semua.

Warna Bersih 2.0 dan Patriot

1. Semakin menghampiri ke 9 Julai 2011 iaitu hari perarakan oleh kumpulan Bersih 2.0, semakin hangat isu berkaitan yang timbul di serata negara. Tidak kurang juga pasukan Patriot yang akan turut serta pada hari yang sama, tapi tujuan mereka saya kurang pasti.

2. Semalam, saya terserempak dengan sekumpulan geng baju merah dengan menaiki motor yang singgah di stesen minyak Petronas Taman Maju. Agak ramai juga mereka. Jadi, saya anggap mungkin mereka ini berkonvoi ramai-ramai. Telahan awal, mereka pelajar UiTM Seri Iskandar.

Continue reading