Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan Tingkatan Empat tahun 2011.

Continue reading

Filem Merdeka – Bukit Kepong (1981)

Salam sejahtera buat semua.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Saksikan filem Bukit Kepong (ada 11 bahagian semuanya) yang diarahkan oleh Datuk Jins Shamsuddin. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsudin,A. Rahim, Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, Dali Abdullah, Samsudin Baslah dan ramai lagi.

Continue reading

Mengutuk Tindakan Rejim Zionis Terhadap Flotilla Bantuan ke Gaza

Salam sejahtera buat semua.

Isu Flotilla (from Spanish, meaning a small flota (fleet) of ships, and this from French flotte) yang menhantar bantuan ke Gaza dalam misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) diserang telah menimbulkan kejutan kepada umat manusia yang mengetahui akan hal ini.

Saya tidak tahu apa yang patut ditulis dalam entri ni. Entah, rasa sedikit bingung. Bingung kerana kurangnya reaksi daripada kalangan rakan saya kenal di alam maya, tapi dalam kalangan rakan terdekat dengan saya, isu ini telah menggerakkan mereka untuk menulis dan mengutuk tindakan Rejim Zionis.

Continue reading