Tag: Kinta City

  • Suasana di Baskin Robbins Kinta City Semasa Diskaun 31%

    Salam sejahtera buat semua.

    Makan-makan di Baskin Robbins

    Sangatlah bermotif apabila membuat entri mengenai makanan – aiskrim Baskin Robbins pada bulan puasa ni kan? Saya dah lepaskan entri ni di waktu malam. Bagi yang baca semasa berpuasa tu, tabahkanlah diri anda. Inilah cubaan puasa.

    Pada 31 Julai yang lalu, seperti yang telah dirancangkan bersama-sama dengan Irsyad, tercapai jugak hasrat untuk mencuba aiskrim Baskin Robbins buat kali pertama. Eh, baru kali pertama rupanya. Sebelum ni pernah la cuba sesudu yang dibeli oleh Faris.

    Kita layan je la gambar yang sempat diambil di sekitar Baskin Robbins Kinta City semasa tawaran diskaun 31%.

    (more…)

  • Twitpic Sepanjang Minggu #6

    Salam sejahtera buat semua.

    Sejak siri koleksi gambar Twitpic tertangguh beberapa bulan yang lalu pada #5, tiada siri baru yang menyusul. Tepatlah kata-kata terakhir dalam tulisan tersebut yang menjangkakan akan hadirnya ribut yang kuat (maknanya semakin sibuk).

    Gambar-gambar di Twitpic tetap jua bertambah dengan setiap satunya muncul di akaun Twitter saya. Cuma ianya tidak sempat untuk dikompilasikan dalam entri di blog. Mengambil kesempatan di awal sem yang masih lagi kurang terasa kesibukannya, maka hadirlah yang ke-6.

    (more…)