Perjumpaan Khas Bersama Rakan CJ7 di KLCC Park

Salam sejahtera buat semua.

Putera CJ7

Apabila masing-masing semakin sibuk dan medium untuk terus berhubung hanyalah melalui penggunaan teknologi telekomunikasi dan Internet, perjumpaan dan bersua muka dengan rakan-rakan seperjuangan menjadi lebih bermakna dan lebih dihargai.

Kalau dulu boleh bertemu serampang dua mata setiap hari dengan rakan-rakan yang lain sama ada di asrama ataupun kelas, selepas tamatnya pengajian dan masing-masing telah membawa haluan sendiri, semua itu kini hanya tinggal kenangan.

Continue reading

Twitpic Sepanjang Minggu #6

Salam sejahtera buat semua.

Sejak siri koleksi gambar Twitpic tertangguh beberapa bulan yang lalu pada #5, tiada siri baru yang menyusul. Tepatlah kata-kata terakhir dalam tulisan tersebut yang menjangkakan akan hadirnya ribut yang kuat (maknanya semakin sibuk).

Gambar-gambar di Twitpic tetap jua bertambah dengan setiap satunya muncul di akaun Twitter saya. Cuma ianya tidak sempat untuk dikompilasikan dalam entri di blog. Mengambil kesempatan di awal sem yang masih lagi kurang terasa kesibukannya, maka hadirlah yang ke-6.

Continue reading