Hujan oh hujan
Sejak awal minggu ini, waktu petang sering diiringi dengan hujan yang lebat yang kemudiannya beransur-ansur renyai. Suasana dingin sebegini selalu mengundang perasaan damai di hati dan sememangnya membuatkan kita mudah mengantuk dan rasa nak tidur.
Aku sendiri melihat kebanyakan pelajar UTP yang selalu turun pada waktu petang untuk beriadah dan juga bagi pelajar yang mengadakan latihan seperti futsal, bola sepak dan bola tampar untuk pelbagai pertandingan yang bakal diadakan sama ada pertandingan dalam UTP ataupun luar UTP tidak dapat meneruskan aktiviti mereka.
Waktu malam
Alternatifnya, waktu malam menjadi pilihan. Namun, hanya gelanggang-gelanggang permainan seperti tenis, bola keranjang, bola tampar dan bola jaring sahaja yang dilengkapi lampu. Di manakah kawasan untuk mereka yang ingin bermain futsal dan bola sepak? Bukan sedikit yang menggemari permainan ini. Tambahan pula sekarang adalah awal semester, semestinya ramai pelajar yang turun untuk bermain sementara mngisi masa lapang mereka yang belum ditimbuni dengan tugasan-tugasan akademik.
Malam jumaat yang lepas, semasa aku dan Akmal ke gelanggang bola keranjang untuk bermain, kami dapat melihat betapa ramainya pelajar yang berada di gelanggang-gelanggang permainan yang ada kemudahan lampu. Sebenarnya, kami sendiri juga tidak bermain di gelanggang yang sebenar, sebaliknya kami hanya bermain di gelanggang sebelah yang jauh lebih kecil. Nasib baik tidak ramai pelajar yang turun untuk bermain bola keranjang pada malam itu.
Di luar kawasan gelanggang, aku dapat melihat tiga kelompok besar pelajar yang ingin bermain futsal tapi tiada gelanggang yang sesuai. Sebenarnya, di kawasan V5 sudah ada gelanggang baru untuk bola keranjang dan futsal. Namun, gelanggang tersebut belum dibuka. Mengikut notis yang diletakkan di pintu pagar gelanggang tersebut, ianya ditutup bagi memberikan masa untuk proses pengeringan. Namun, aku pasti notis itu paling kurang telah berada di situ lebih kurang dua minggu yang lalu.
Telah dirasmikan
Untuk pengetahuan, gelanggang baru tersebut telah “dirasmikan” dua hari sebelum Tahun Baru Cina. Perasminya, pelajar negara asing. Mereka dengan rasa tidak bersalahnya, telah memecah masuk kawasan tersebut untuk bermain futsal. Tapi, aku tidak tahu bagaimana mereka boleh memasuki kawasan itu. Mungkin dengan memanjat pagar?
Walau apa pun, diharap pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan tarikh sebenar bila gelanggang tersebut dapat digunakan. Harap maklum.
beliamuda: tak sabar nak dengar jawapan daripada MPP
Terkini <5.22pm>: Ini jawapan daripada MPP