Tag: handphone

  • Kredit Celcom Lesap Secara Tiba-Tiba

    Salam sejahtera buat semua.

    Celcom Xpax

    Dalam entri Twitpic Minggu Ini #1, saya ada menyebut di penghujung entri tentang sebuah insiden yang memilukan yang terjadi semasa dalam proses awal saya berjinak-jinak dengan twitpic. Dinyatakan juga, rakan-rakan di twitter pasti sudah tahu apakah insiden yang dimaksudkan.

    Sebelum saya ceritakan insiden apakah yang terjadi tu, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang memberi respon di twitter dan FB beliamuda. Respon korang sedikit sebanyak memudahkan saya dalam proses memahami apakah isu-isu yang menyebabkan kredit boleh hilang secara tiba-tiba.

    (more…)

  • Nokia X2 Yang Tercalar

    Salam sejahtera buat semua.

    Nokia X2 tercalar

    Nokia X2 yang dibeli baru-baru ini (sudah lebih sebulan) telah beberapa kali jatuh tanpa sengaja. Paling tinggi daripada paras katil. Tapi tiada apa-apa kesan calar dan rosak yang ketara pada X2.

    Kesan calar pada bahagian atas (menyebabkan warna biru terhakis) adalah disebabkan oleh anak kunci. Memang X2 ni diletak sekali dengan kunci dalam poket seluar, jadi geseran dalam ruang yang sendat itulah yang menyebabkan keadaan sebegitu rupa.

    (more…)