Mumble-less Monday #21: Nashunter Yang Hensem

Salam sejahtera buat semua.

Nash Hensem

Lokasi gambar ini dirakam adalah di Taman KLCC @ KLCC Park selari dengan perjumpaan yang dirancang bersama-sama dengan CJ7. Walaupun ahli CJ7 yang datang hanyalah empat orang dengan kehadiran paling jauh dari Muar iaitu Ponci.

Dua aktiviti menarik dilakukan iaitu menonton wayang dan menangkap gambar di sekitar KLCC. Saya pun ada bawa Alpha semalam. Dapat juga menuntut sedikit sebanyak ilmu daripada Nashunter yang hensem ni. Mana gambar menarik yang dirakam semalam?

Continue reading

Suka Duka Ku Silih Berganti

Salam sejahtera buat semua.

Bunga pagi yang indah

Memulakan hujung minggu ini dengan hambar dan diiringi pula dengan kesunyian yang sedikit terasa pagi ini adalah tidak menyenangkan. Seolah-olah telah terasa bahawa hari ini akan menjadi hari yang tidak produktif, padahal saya kini berada dalam minggu-minggu yang kritikal dengan segala tanggungjawab di UTP.

Fikiran dirasakan tidak terarah dan fokus untuk melakukan tugasan pada hari ini masih kabur. Dalam ayat yang lebih mudah, malas sedang menguasai diri. Cuaca di awal pagi pun mendung sedikit, namun kini telah semakin beransur cerah. Semoga fikiran saya juga seperti itu.

Continue reading