Blog

  • Selamat sampai di UTP akhirnya

    Salam sejahtera buat semua.

    Selamat-belajar-July-09

    Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai juga ke UTP untuk memulakan sesi semester July 2009. Kelas pertama akan bermula pada 20 haribulan ni. Aku tiba kira-kira pukul 12 tengah hari setelah dua jam perjalanan dari USM Kampus Induk, Pulau Pilang. Sebaik sahaja tiba, terus sahaja aku ke klinik untuk pemeriksaan saringan H1N1. Nasib baik lepas sebab dia cuma check suhu badan je (lebih tepat lagi suhu dahi.. :p). (more…)

  • Reka Bentuk Baharu Wang Kertas RM50

    Salam sejahtera buat semua.

    RM50 baru

    Rasanya khabar angin tentang reka bentuk baharu wang kertas RM50 telah lama tersebar. Sebelum ini telah tersebarnya gambar reka bentuk RM50. Saya sendiri ada menyimpan gambar RM50 yang baharu tu (seperti di atas) ketika saya menjumpainya di carian imej Google.

    Akhirnya, pada 15 Julai 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan secara rasmi tentang pengeluaran reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini. Satu kenyataan akhbar tekah diedarkan kepada media tentang pengumuman ini.

    (more…)