Blog

  • I LOVE MALAYSIA: Menangi iPhone 3GS

    Salam sejahtera buat semua.

    banner

    Ewah-ewah, dah ramai blogger yang buat entri macam ni. Takpela. Tak rugi untuk mencuba benda percuma lagi mudah macam ni.

    Contest ini dianjurkan oleh Exabytes, sebuah syarikat hosting terkemuka di Malaysia. Contest ini amat mudah, dengan hanya memasang banner di laman web atau blog anda, ada kemungkinan anda akan memenangi sebuah iPhone 3GS dan juga sebuah Western Digital Hard Disk 320GB. Contoh banner telahpun ada di dalam website ini. Nampak kan?

    (more…)

  • Cara pemakaian topeng penutup mulut

    Salam sejahtera buat semua.

    Sejak virus H1N1 semakin mengganas dengan 14 kematian setakat entri ini ditulis, semakin ramai yang mula mengambil langkah berjaga-jaga. Perkara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan memakai topeng penutup mulut, sama ada untuk melindungi diri sendiri daripada jangkitan ataupun melindungi orang lain daripada jangkitan oleh sebab titisan cecair yang mungkin keluar daripada mulut atau hidung.

    Namun, apabila semakin ramai yang pakai, macam-macam stail yang boleh dilihat. Stail yang lawak ada, yang salah pun ada. Stail yang salah sama sahaja seperti tidak memakainya, malah menyusahkan sahaja. Ramai juga yang mengeluh rimas semasa memakai topeng penutup mulut. Malangnya, saya sendiri masih belum berkesempatan untuk merasainya, mungkin selepas ini.