Blog

  • Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri Melaka 1433H/2012

    Salam sejahtera buat semua.

    Ramadhan Mubarak

    Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Melaka untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.

    (more…)

  • Dapatkah Pulang Beraya di Kampung Halaman?

    Salam sejahtera buat semua.

    Balik kampung

    Permulaan puasa hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Dengan ketibaan bulan Ramadhan nanti, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan. Selepas itu, Hari Raya Aidilfitri akan disambut sebagai tanda kemenangan.

    Puasa pada tahun ini membawa perbezaan yang tersendiri kerana kini saya sudah berada di alam pekerjaan. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila sepanjang bulan Ramadhan nanti saya sibuk dengan projek di atas kapal di Singapura.

    (more…)

  • Entri Ditendang Keluar Dari Apesal.com

    Salam sejahtera buat semua.

    logo Apesal

    Salah satu cara paling mudah untuk seorang blogger mendapatkan trafik bagi entri yang baru ditulis adalah dengan menghantar entri tersebut ke laman aggregator. Saya sendiri selalu ping entri-entri terbaru di beberapa laman aggregator yang telah sedia ada di Malaysia.

    Salah satu laman aggregator yang saya sangat rasai kesan trafik yang diberikan ialah Apesal.com. Sebelum menggunakan servis Apesal.com, saya guna laman aggregator lain yang dikendalikan oleh pentadbir yang sama sehinggalah disarankan untuk beralih ke Apesal.com.

    (more…)