Koleksi Lagu Terbaik Shamrin Fotograf

Salam sejahtera buat semua.

fotograf

Dalam entri kali ini, saya dedikasikan lagu-lagu terbaik yang pernah dinyanyikan oleh Shamrin (Forograf). Koleksi lagu ini adalah antara yang paling kerap saya dengar dan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Fotograf sekitar tahun 1990-an.

Kumpulan Fotograf hadir dengan beberapa album setelah kejayaan album pertama pada tahun 1989 dengan tajuk ‘Iramanya Bergetar’, dan kemudian menyusul lagi beberapa album lain seperti ‘7:30 Psikosis’ (1990) , ‘Fotograf 92’ (1992), ‘Fantasi’ (1994), ‘Fokus’ (1995) dan ‘Juara Mimpi’ (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu ‘Di Alam Fana Cintamu’.

Continue reading

Keputusan UPSR 2010

Salam sejahtera buat semua.

cemerlang upsr 2010

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang dinanti-nantikan oleh pelajar Tahun Enam dan para tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negara telah pun diumumkan.

Analisa keputusan UPSR 2010 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Katanya, seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.

Continue reading

Gambar Penuh Proton Inspira (Rekaan Luaran)

Salam sejahtera buat semua.

Proton Inspira

PROTON Holdings (Perusahaan Otomobil Nasional) hari ini telah secara rasmi melancarkan Proton Inspira. Seperti yang telah dijanjikan, gambar penuh rekaan Proton Inspira telah dipertontonkan kepada umum. Proton Inspira dibina berdasarkan model kereta Mitsubishi Lancer.

Berikut adalah gambar penuh rekaan luaran (exterior design) kereta Proton Inspira untuk tontonan semua. Gambar-gambar ini diambil daripada blog berita automatif Paultan.

Continue reading

(ServerFreak) Migrasi Server

Salam sejahtera buat semua.

Serverfreak

Adalah dimaklumkan bahawa blog beliamuda {dot} com akan mengalami gangguan akses bermula jam 12 malam 11 November 2010 untuk proses migrasi server. Masa pemindahan dijangka akan mengambil masa sehari.

Sejak hampir setahun bersama ServerFreak, memang saya sangat berpuas hati dengan prestasi server yang ditawarkan. Masa uptime yang dalam lingkungan 99% setiap bulan (laporan bulanan menggunakan Pingdom) dan juga khidmat pengguna yang baik dan pantas.

Continue reading