Twitpic Sepanjang Minggu #1

Salam sejahtera buat semua.

Kalau ada yang sempat membaca dan terbaca entri Cebisan Bulan Februari 2011 yang lalu, saya ada menyebutkan tentang keaktifan saya di twitter (#9). Salah satu benda yang jarang saya buat sebelum ni di twitter adalah berkongsi gambar di sana.

Sebelum ini, saya telah cuba menggunakan twitpic sebagai medium untuk berkongsi gambar di twitter. Saya memilih servis twitpic kerana antara-mukanya yang ringkas dan rasa lebih mudah untuk menggunakannya. Lagipun, saya tidak menggunakan applikasi khas twitter, melainkan Echofon di Firefox sahaja.

Jom terus kita terjah twitpic sepanjang minggu ini, buat kali pertama di blog beliamuda {dot} com.

Continue reading

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau (N28)

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berjalan serentak di dua kawasan berbeza. Satu Pilihan Raya Kecil peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) di DUN Merlimau (N27), Jasin, Melaka dan Pilihan Raya Kecil peringkat DUN di DUN Kerdau (N28), Termerloh, Pahang. Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan antara calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

PRK DUN Kerdau diadakan berikutan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Info Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau:

Continue reading

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau (N27)

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berjalan serentak di dua kawasan berbeza. Satu Pilihan Raya Kecil peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) di DUN Merlimau (N27), Jasin, Melaka dan Pilihan Raya Kecil peringkat DUN di DUN Kerdau (N28), Termerloh, Pahang. Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau menyaksikan pertandingan antara calon BN, Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Info Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau:

Continue reading

(Aiman) Kau Yang Selalu Ada: Dedikasi Daripada Seseorang

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Lewat malam yang hening, dikala sibuk dengan urusan akademik, dikala mata yang kian layu dan mengantuk menghadap sebuah buku tebal, tiba-tiba telefon berdering. Deringan yang menandakan adanya sebuah mesej yang baru.

Nama si dia terpapar. Entah apa isinya. Lantas ku buka dan membacanya. Agak panjang. Apabila ku baca dan hayati, terdetik di hati mungkinkah ini petikan daripada lirik lagu. Terus sahaja ku cari dan nyata telahanku tepat.

Mesej panjang yang si dia hantar sebentar tadi adalah petikan daripada lagu yang dinyanyikan oleh Aiman (Akademi Nasyid) yang bertajuk Kau Yang Selalu Ada. Dengarkan lagu tersebut di bawah.

Continue reading