Sehari sebelum SPM di MRSM PC

Salam sejahtera buat semua.

MRSM PC

Dalam gambar – Nik Akmal (Biro Badar BWP 2005/2006) dan Faris (Presiden BWP 2005/2006)

Pagi itu, debaran untuk mengambil SPM semakin terasa. Tinggal beberapa hari lagi sebelum SPM bermula. Pelajar Tingkatan 4 mula meninggalkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa menandakan bermulanya cuti persekolahan akhir tahun.

Situasi hari itu seperti biasa. Pelajar Tingkatan 5 semuanya sibuk dengan persediaan SPM. Ada yang belajar secara berkumpulan di Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) yang kecil tu. Ada juga yang berada di kelas. Tidak kurang juga yang hanya lepak di bilik sahaja.

Continue reading

PMR: Selamat berjuang kepada pelajar Tingkatan Tiga

Salam sejahtera buat semua.

Image056.jpg

Malam itu, kami semua berdebar-debar. Sebagai batch pertama pelajar MRSM Transkrian yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), kami sebenarnya dibebani dengan tanggungjawab untuk menetapkan satu standard buat pelajar selepas kami.

Continue reading