Mendaki Menara Condong Teluk Intan

Salam sejahtera buat semua.
Akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Menara Condong Teluk Intan setelah hampir satu semester merancang dengan rumet. Jika sebelum ni tak dapat datang oleh kerana kesibukan dengan akademik, kali ini di awal sem lagi terus menjalankan pelan yang dirancang.
Dengan mengikut laluan yang dicadangkan oleh Google Map, dapat jugak sampai ke destinasi tanpa tersesat ke mana-mana. Agak cuak jika melalui jalan yang kiri dan kanannya hanyalah pokok-pokok dan sawah padi. Jarang-jarang dapat dilihat perkampungan.
Tiba sahaja di Menara Condong Teluk Intan, terus sahaja mendaki sehingga tingkat kedua. Nampak condongnya menara ini jika dilihat dari luar dan dapat dirasai terutama di bahagian paling bawah. Nukilan penuh akan dibuat kemudian.
Sekarang ini saya sedang lepak dengan kawan-kawan di Medan Selera Menara Condong bagi menghilangkan haus di tekak. Selepas ini mungkin akan ke Lumut pula…
beliamuda: Jalan-jalan di semester terakhir…

Hampa Aku di Ipoh Parade, Kinta City Dituju

Salam sejahtera buat semua.
Apalah nasib badan petang ini. Perancangan untuk bermain boling di Ipoh Parade (IP) terpaksa dibatalkan dan ke Kinta City hala tuju seterusnya.
Mengikut pelan asal, nak gerak daripada UTP pada pukul 3, maka dapatlah main boling di IP sekitar pukul 4. Tapi kena pulak jalan sedikit sesak dan sebaik tiba sahaja di sana, semua lorong yang ada untuk bermain boling sedang digunakan.
Hanya ada dua lorong yang boleh digunakan untuk pengunjung bermain kerana lorong-lorong lain telah ditempah oleh pasukan negeri Perak dan untuk pertandingan.
Hampa kerana terpaksa menunggu terlalu lama, maka kami beredar ke Kinta City untuk mencuba nasib di sana. Hentam sajalah!
beliamuda: Kena pulak jalan yang tengah sibuk…

Berada di Kuala Lumpur dengan Penaberkala

Salam sejahtera buat semua.
Sekarang ini saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Khairul Anuar a.k.a Penaberkala untuk menghadiri satu acara yang saya sendiri kurang jelas pengisiannya. Ianya dianjurkan oleh Samsung khas untuk pengguna Galaxy S2.
Berlepas dari stesen KTM Batu Gajah pada 5.40 pagi dengan menaiki ETS, kami tiba di KL Sentral sekitar pukul 7.50 pagi. Sekarang ni baru sahaja selesai bersarapan di McDonald’s.
Mungkin kami akan meluangkan masa di sini sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Kami akan menaiki LRT ke Ampang Park kerana lokasi acara berdekatan dengan situ.
Setakat ini sahaja untuk kali ini. Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan wifi McD.
beliamuda: Masih lagi mengantuk…

MRSM PC Masih Lagi Bercuti

Salam sejahtera buat semua.
Hari ni rancangnya nak datang melawat di MRSM Pengkalan Chepa. Tapi bila dah sampai kat sini, rupa-rupanya masih bercuti sekolah.
Hari Selasa nanti baru bermula semula sesi persekolahan. Makanya, hari Selasa ni akan datang lagi ke sini. Rancangan diteruskan dengan berkunjung ke rumah Khairul Anuar (@penaberkala).
Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan Maxis broadband.
beliamuda: Mood raya lagi.