Program Biasiswa Nasional Untuk Pelajar Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Program Biasiswa Nasional pertama kali diumumkan adalah semasa pembentangan Belanjawan 2010 pada 30/10/2009 yang lalu oleh Y.A.B Perdana Menteri. Sebanyak 30 tajaan biasiswa akan diberikan kepada 30 pelajar terbaik lepasan SPM 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti terkemuka, sama ada universiti dalam negara ataupun universiti luar negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengenal pasti pelajar yang layak melalui keputusan SPM 2009 yang akan diumumkan kelak. Pelajar yang mendapat kesemua A dalam mata pelajaran SPM 2009 akan mempunyai kelayakan ditaja dibawah Program Biasiswa Nasional.

Continue reading

Semakan Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Seperti yang diberitahu dalam pengumuman Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011, para pemohon boleh mula membuat semakan mulai hari ini, 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 telah pun dibuka mulai 2 Februari 2010. Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Continue reading

Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Tarikh untuk semakan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 akan mula dibuka mulai 8 Februari sehingga 19 Februari.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui Internet.

Continue reading