Keputusan Rayuan Pengambilan SBP Tingkatan 4 2010

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada para pelajar PMR tahun 2009 dan ibu bapa yang berkaitan, keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Tingkatan 4 telah pun dikeluarkan pada hari ini.

Untuk menyemak keputusan pengambilan kedua kemasukan ke SBP Tingkatan 4, anda boleh menyemak di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh – Ambilan 2.

Continue reading

Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Pendaftaran SPM dan SPMU 2012 telah dibuka]

Dalam keadaan pelajar SPM 2009 semakin menghampiri tarikh keputusan untuk diumumkan, pendaftaran bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh didapati di sekolah masing-masing, manakala bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan.

Continue reading

Tawaran Biasiswa JPA untuk Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti dalam negara ataupun luar negara di peringkat ijazah pertama.

Bantuan biasiswa yang ditawarkan ialah:

Continue reading

Khabar Angin Tarikh Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

[Panas] Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009

Sebaik sahaja tarikh keputusan STPM 2009 diumumkan tempoh hari, khabar angin tentang tarikh keputusan SPM 2009 semakin bertiup kencang.

Antara khabar angin yang paling menarik ialah pada 28 Februari ini keputusan SPM 2009 akan dibawa masuk ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan akan diumumkan secara rasmi pada 16 Mac 2010. (nasib baik bukan ditulis 29 Februari 2010).