Kategori Permohonan PILN 2010 bagi Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Penajaan biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa yang berprestij untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang. Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Kejuruteraan.

Perubahan Tarikh Pengumuman Keputusan Rayuan PILN, Universiti Penyelidikan dan PIDN 2010

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Perhatian kepada pelajar lepasan SPM yang memohon di bawah Program Ijazah Luar Negara 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), terdapat perubahan tarikh pengumuman untuk keputusan Rayuan PILN 2010, kemasukan ke Universiti-Universiti Penyelidikan (Research Universities) dan tawaran Program Ijazah Dalam Negara 2010 bagi lepasan SPM 2009, bukan seperti yang dimaklumkan dalam entri Semakan Keputusan Biasiswa PILN 2010.

Berikut adalah pengumuman terbaru daripada pihak JPA yang dikemaskini 2 Jun yang lalu. Sila semak selalu di laman web eSila JPA untuk perkembangan semasa.

Continue reading

Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Kemasukan ke IPTA

Salam sejahtera buat semua.

[Tip jimat kredit Celcom yang betul]

Jom Masuk Universiti

Mulai pukul 12 tengah hari, 4 Jun 2010, pelajar lepasan SPM dan setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sidang Akademik 2010/2011 boleh membuat semakan keputusan permohonan e-Rayuan.

Continue reading

(Biasiswa MARA) Tajaan Hanya Untuk Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada bakal pemohon biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau yang bercadang untuk mendapatkan tajaan daripada MARA, hari ini MARA mengeluarkan satu kenyataan penting berkaitan dengan penajaan pelajar di bawah program pembiayaan pendidikannya.

Di bawah ialah petikan daripada berita yang disiarkan dalam BERNAMA.