Salam sejahtera buat semua.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 telah sebulan berlalu. Sebaik sahaja PMR 2010 selesai diduduki, sudah terdapat segilintir pelajar Tingkatan 3 yang bertanyakan bilakah tarikh pengumuman keputusan PMR 2010.
Nampaknya adik-adik memang tak sabar nak tahu tarikh pengumuman keputusan PMR 2010 kan? Jujurnya, tarikh pengumuman sesuatu peperiksaan awam bergantung pada banyak hal dan hanya akan diputuskan tidak berapa lama sebelum keputusan peperiksaan itu bakal diumumkan (kebiasaannya seminggu sebelum).


