Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi dan Ambilan Kedua Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Bagi pelajar lepasan SPM yang gagal mendapat tempat semasa keputusan permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diumumkan pada 28 April lalu akan boleh membuat semakan keputusan rayuan permohonan kemasukan ke program matrikulasi KPM bagi sesi 2011/2012 untuk ambilan kedua Matrikulasi pada 4 Jun 2011, mulai pukul 12 tengah malam.

 

Semakan Permohonan Rayuan ke Matrikulasi sesi 2011/2012

Semakan keputusan secara dalam talian (online)

Laman web Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi Sesi 2011/2012. Nota: Pautan akan dibuka pada waktu seperti di atas

 

Semakan keputusan melalui SMS

Sementara itu semakan ambilan kedua dan keputusan rayuan ke Matrikulasi ini boleh juga disemak melalui sms seperti berikut;

  • Ambilan Kedua: Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO MyKad dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAT 930101041234
  • Calon Rayuan: Taipkan MOE<jarak>MAR<jarak>NO MyKad dan hantarkan ke 15888
    Contoh : MOE MAR 930101041234

 

Semakan melalui panggilan telefon

Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

 

Maklumat tambahan dan Pertanyaan

  • Sila hubungi terus Kolej Matrukulasi yang ditawarkan atau Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4083 atau faks 03 8884 4028 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

beliamuda: Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi KPM 2011.

9 thoughts on “Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi dan Ambilan Kedua Sesi 2011/2012

  1. salam,,baru2 ni saya ditawarkan mengikuti program PDT..di matrikulasi johor..tapi boleh tak nak tukar dari program PDT ke PST kalaw pointer kita tinggi mase exam??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge