Semakan Keputusan Biasiswa JPA Dalam Negara (PIDN) 2011

Salam sejahtera buat semua.

eKeputusan - Sistem Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa

Seperti yang dilaporkan di portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semakan keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) tahun 2011 telah pun boleh mula disemak mulai 30 September 2011 pada jam 5 petang.

HOT: Maklum balas JPA berkenaan kesukaran membuat semakan biasiswa PIDN

Namun, mungkin atas sebab-sebab masalah teknikal, semakan tidak dapat dibuat seperti yang dijadualkan. Kemungkinan, server yang digunakan bagi tujuan semakan keputusan biasiswa JPA mengalami masalah dan hanya akan dibaik pulih semula bermula esok.

Semakan Keputusan Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM dan Setaraf ke IPTA Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Mulai 15 September 2011, pelajar lepasan STPM dan setaraf (matrikulasi) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan e-Rayuan.

Continue reading

Jadual Waktu STPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Jadual Waktu STPM 2011

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Di bawah ini turut dipaparkan jadual waktu penuh bagi STPM 2011.

Continue reading

Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2011 mulai 1 Ogos 2011. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2011/2012 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

Continue reading