Redupnya hari ini

Salam sejahtera buat semua.

Kalau hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, hari yang redup ni untuk jiwa yang macam mana pulak ya? Tapi, hari ni memang best la. Bangun awal pagi, tengok keadaan kat luar bilik masih lagi gelap. Kebiasaannya bilik aku ni akan disinari cahaya yang panas dan terik sebab memang kedudukan tingkap aku ni menghadap arah matahari terbit.

Continue reading

Selamat sampai di UTP akhirnya

Salam sejahtera buat semua.

Selamat-belajar-July-09

Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai juga ke UTP untuk memulakan sesi semester July 2009. Kelas pertama akan bermula pada 20 haribulan ni. Aku tiba kira-kira pukul 12 tengah hari setelah dua jam perjalanan dari USM Kampus Induk, Pulau Pilang. Sebaik sahaja tiba, terus sahaja aku ke klinik untuk pemeriksaan saringan H1N1. Nasib baik lepas sebab dia cuma check suhu badan je (lebih tepat lagi suhu dahi.. :p). Continue reading

Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson

Salam sejahtera buat semua.

Jika semalam aku dikejutkan dengan debaran bahan lawak oleh ITMS UTP, hari ini pula ialah debaran semasa melihat keputusan peperiksaan semester Jan 09. Aku secara tidak sengaja terbuka laman web UTP dan ternampak pautan untuk semakan keputusan telah diaktifkan. Masa tu memang dah berdebar sangat-sangat.

Terus sahaja aku menyebarkan kepada kawan-kawan melalui Google Group (GG). Namun, permainan lawak ini hanya tinggal debaran apabila tiada sebarang keputusan peperiksaan yang diumumkan. Pelbagai spekulasi liar diajukan oleh mereka-meraka yang mengikuti perkembangan di GG.

Continue reading

Aduh, sakitnya bahuku!

Salam sejahtera buat semua.

Sejak seminggu dua ni, aku jadi payah sikit nak menulis. Mood nak menulis ada je. Idea pun ada. Tapi, sebab sakit bahu punya pasal, aku hilang mood bila nak menaip tu. Sakit bahu ni bukan sembarangan. Otot bahu kanan aku ni terasa menyengat semacam je sejak minggu lepas.

Ni semua gara-gara duk mengadap laptop lama sangat. Mana taknya, sejak adik aku takde, aku lebih lepak nak duduk depan laptop. Kalau layan internet tu, tangan kat tetikus tu memang tak lepas la. Kalau menaip, tangan pun lama gak duduk menari atas papan kekunci. Bila rasa sakit otot bahu tu baru gelabah nak gerak-gerakkan otot.

Continue reading