Category: Meja penulis

  • Ucapan Selamat Tahun Baru 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Kalendar 2011

    Kalendar 2011

    Tahun 2010 sudah meninggalkan kita. 365 hari yang telah berlalu dipenuhi dengan pelbagai ragam dan warna-warni kehidupan. Apakah pencapaian terbaik anda sepanjang tahun 2010?

    Hari terakhir 2010. Renungkan sejenak untuk pencapaian sepanjang tahun.
    *status yang ditulis semalam, 31 Disember 2010*

    Tahun baru 2011 kini menjelma. Sudah sedekad kita menempuh alaf baru 2000. Setiap kali tahun baru tiba, azam tahun baru pasti ditanya. Sebelum azam baru dibina, renungkan dahulu pencapaian kita sepanjang setahun yang lalu. Berjayakah kita?

    (more…)

  • Berkenaan Tarikh Keputusan PMR 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Seksa juga bila tiba-tiba Streamyx merajuk tidak mahu berkhidmat selama lebih 24 jam. Terkjut bila buka blog pagi ni melihat komen-komen di entri Tarikh Result PMR 2010 Keluar.

    Banyak sungguh yang bertanyakan kebenaran tarikh pengumuman keputusan PMR 2010. Saya paling suka dengan jeritan di kotak Jom Borak! (lihat gambar di bawah)