Nota Malam: (Bab 2) Kenangan dan Kenduri Kahwin

Salam sejahtera buat semua.

bising

[Lagu tema: Saleem – Tinggal Kenangan]

Kalau semalam hiruk-pikuk jadinya sebab bising, malam latarnya lebih sunyi. Sebenarnya semalam banyak sangat kereta dengan motor yang lalu-lalang di jalan kat depan rumah ni.

Aku fikir, hari ini sunyi sebab tadi siang, banyak sangat aktiviti yang dilakukan manusia. Hari ini sahaja tiga tempat ada kenduri nikah kahwin.

Kat sebelah rumah ni ada satu. Kahwin juga anak gadis jiran sebelah yang cun ni. Tinggal adik gadisnya yang seorang tu je la. Jauh lebih muda daripada aku ok.

Continue reading

Nota Malam: (Bab 1) Bukan Kisah Seram GengBlogger

Salam sejahtera buat semua.

rumah berhantu

[Lagu tema: -]

Malam ini masih sunyi. Macam biasa. Aku duduk keseorangan di ruang tamu rumah. Lampu masih terang menyala menerangi segenap ruang yang tercapai dek cahaya. Mata menghadap laptop.

Rasa seram? Aku fikir dah lama ianya hilang daripada dalam diri aku. Mungkin sebab dah pernah kena “tegur” dulu kot? Aku tak mahu fikir sangat. Jangan buat aku terfikir balik hal itu.

Continue reading

Nota Malam: (Prolog) Di Sudut Malam Yang Sunyi

Salam sejahtera buat semua.

nota malam bulan purnama

[Lagu tema: Letto – Lubang Di Hati]

Aku termenung keseorangan di jendela malam. Banyak yang aku fikirkan pada waktu ini. Jiwa terasa sarat dengan perasaan yang bercampur baur.

Realitinya, aku tidak tahu apakah sebenarnya yang aku mahukan sekarang ini. Orang kata, ada sesuatu yang tidak lengkap. Ada lubang di dalam hati.

Continue reading