Tag: UTP

  • Teaser CPL Nov 2011: Sem September 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Logo rasmi CPL Nov 2011

    Walaupun sejak berlalunya edisi ChemE Premier League (CPL) yang dikhabarkan terakhir pada bulan April yang lalu kerana penganjur asal juga mahu turut serta dalam CPL (akhirnya dia juga tidak dapat turut serta), CPL edisi September bakal menjadi realiti.

    Dengan penganjur yang bertukar tangan kepada pihak lain yang dicadangkan dalam mensyuarat kecil CJ7, CPL kali ini bakal diadakan pada malam esok, 24 November 2011 setelah beberapa kali tarikh ditukar atas sebab-sebab kesibukan para peserta.

    (more…)

  • Mumble-less Monday #15: Week 6

    Salam sejahtera buat semua.

    Week 6

    Minggu akademik kali ini ialah Week 6. Apa yang menarik pada hujung minggu kali ini ialah peluang untuk pulang ke kampung sempena dengan Hari Raya Aidiladha. Namun, sebelum ianya boleh menjadi kenyataan, banyak perkara yang perlu diselesaikan.

    Esok bermulanya CPW 2011 – Career Placement Week yang menjadi platform buat pelajar Tahun Akhir melakukan aktiviti pemburuan pekerjaan. Nampaknya keadaan kali ini tidak banyak berpihak kepada pelajar Kejuruteraan Kimia (iaitu kami CJ7). Perjalanan kita masih belum berakhir!

    (more…)

  • Ribut di UTP, Pokok Tumbang Lagi

    Salam sejahtera buat semua.

    Pokok Tumbang di UTP

    Petang semalam, 28 Oktober 2011, satu lagi kejadian pokok tumbang terjadi di UTP. Kali ini, pokok yang lebih besar tumbang dan merentangi jalan yang memisahkan Village 1 dan Village 2, menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup untuk laluan sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut selesai.

    Gambar di atas menunjukkan pokok tersebut yang akarnya telah terbongkah dari tanah. Telahan awal saya, pokok tersebut patah sebab kebiasaannya pokok-pokok di Village 1 patah di bahagian dahan atau batang utama. Kemungkinan gambar di atas ditangkap sebaik sahaja hujan telah reda dan dapat dilihat air masih lagi banyak bertakung.

    (more…)