Salam sejahtera buat semua.
Tag: UTP
-
Mumble-less Monday #2: Tempias Hujan di Jendela
Salam sejahtera buat semua.
Kiranya tempias membasahi jendela mu,
Itulah airmata yang jatuh di pipipku,
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu,
Itulah hembusan rinduku yang menyebut namamu.~Kerana Terluka oleh Nurul~
-
Bercuti Semester di Kampung
Salam sejahtera buat semua.
Alhamdulillah, dapat jua saya jejakkan kami semula di rumah untuk bertemu dengan keluarga di kesempatan cuti semester selama seminggu ini. Oh, cuti semester yang cuma seminggu sahaja.
Dengki pula apabila tahu adik saya yang belajar di USM akan bercuti sehingga bulan September nanti. Lama tu. Apalah nanti nak buat kat rumah? Tidur dan makan je la kan? Lebih tepat, mengulang siaran RTM je la…
Perjalanan balik kali ini ditempuh bersama Anuar dan Baha. Jalan agak lengang sepanjang perjalanan daripada UTP ke kampung halaman (UTP – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Melur – Jelawat) tanpa sebarang masalah.

