Tag: SPM 2011

  • Analisa dan Statistik Ringkas Keputusan SPM 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Akhirnya, debaran yang dialami oleh para pelajar lepasan SPM 2011 berakhir dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 pada hari ini. Saya percaya, hampir kesemua 468,808 pelajar yang menduduki SPM 2011 telah mengetahui keputusan masing-masing.

    Pengumuman keputusan SPM 2011 telah dibuat secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud. Menurut beliau, seramai 559 calon SPM 2011 telah memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

    (more…)

  • Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Selamat Mengambil Keputusan SPM 2011

    Hari yang berlalu menjadikan kita semakin hampir ke tarikh 21 Mac 2012 yang menjadi hari pengumuman rasmi keputusan SPM 2011. Untuk tahun ini, saya ada seorang adik yang turut menanti keputusan SPM. Sebagai abang, mestilah saya juga teringin untuk mengetahui keputusannya.

    Oleh kerana adik saya bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu di Sekolah Sains Alam Shah (ASiS), maka perlulah dia bergerak dari kampung pada hari ini untuk mengambil slip keputusan SPM pada keesokan hari. Katanya, dia bersama beberapa lagi rakan yang lain.

    (more…)