Tag: RAM

  • (Cover) Novel Cinta Sufi oleh RAM

    Salam sejahtera buat semua.

    Novel Cinta Sufi

    Inilah dia gambar muka depan novel Cinta Sufi hasil tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Novel ini sedang dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010.

    Pelancaran rasmi novel ini oleh RAM ialah pada 28 Mac 2010. Nampaknya lambat lagilah baru dapat membaca novel terbaru RAM ni.

  • Bakal Dipertemukan Dengan Cinta Sufi (Novel RAM)

    Salam sejahtera buat semua.

    Trilogi-Bagai-Puteri-RAM

    Jangan salah sangka. Tajuk novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) tu bukanlah sepanjang tajuk entri ni, tapi cuma Cinta Sufi. Tajuk novel terbaru ini telah pun didedahkan dalam novel RAM yang terkini iaitu 9 Nyawa yang terbit suku akhir tahun lepas.

    Bagi peminat RAM, pastinya ramai merasakan tidak puas semasa membaca Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta). Manakan tidak, watak utama iaitu Laksamana Sunan seakan-akan dimatikan begitu sahaja dalam novel terakhir iaitu Hijab Sang Pencinta.

    (more…)