Tag: Pesta Buku

  • Tarikh Pelancaran Novel Sutera Bidadari semasa PBAKL 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    RAMFC FB Sutera Bidadari

    Menurut sumber berita daripada FB RAMFC, novel Sutera Bidadari akan mula didapati pada hari pelancaran novel tersebut di Pesta Buku Antarabangsa 2011, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

    Untuk makluman, tarikh pelancaran novel tersebut adalah antara 30 April dan 1 Mei 2011. Turut diberitahu, buku tersebut baru sahaja siap dicetak.

    (more…)

  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    KLIBF 2011

    Baru semalam bertanya kepada Faris tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) @ Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011, sebab seingat saya KLIBF 2010 diadakan sekitar bulan Mac. Masa tu saya ada mengirimkan novel Cinta Sufi kepada seorang rakan.

    PBAKL 2011 akan dianjurkan pada 22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi daripada pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada PBAKL 2009.

    (more…)

  • Bakal Dipertemukan Dengan Cinta Sufi (Novel RAM)

    Salam sejahtera buat semua.

    Trilogi-Bagai-Puteri-RAM

    Jangan salah sangka. Tajuk novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) tu bukanlah sepanjang tajuk entri ni, tapi cuma Cinta Sufi. Tajuk novel terbaru ini telah pun didedahkan dalam novel RAM yang terkini iaitu 9 Nyawa yang terbit suku akhir tahun lepas.

    Bagi peminat RAM, pastinya ramai merasakan tidak puas semasa membaca Trilogi Bagai Puteri (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta). Manakan tidak, watak utama iaitu Laksamana Sunan seakan-akan dimatikan begitu sahaja dalam novel terakhir iaitu Hijab Sang Pencinta.

    (more…)

  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

    klbookfair

    Selamat datang ke KLIBF (Kuala Lumpur International Books Fair)

    Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merupakan satu aktiviti utama yang dianjurkan dalam dunia penerbitan buku. Untuk tahun ke 28, KLIBF menyediakan peluang kepada rangkaian komuniti penerbitan dalam dan luar negara.

    Waktu Operasi

    Tarikh: 17th – 26th April 2009
    Isnin – Kahmis: 10.00 Pagi to 7.00 Malam
    Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 10.00 Pagi to 9.00 Malam
    Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

    Maklumat lanjut di sini

    Senarai aktiviti yang akan berlangsung di sana..klik di sini

    map_KLIBF

    beliamuda: rasa nak pergi… tapi ada peluang ke tak ya??