Tag: Penilaian Menengah Rendah

  • Ranking SBP bagi Keputusan PMR 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    [Bandingkan dengan ranking MRSM dalam PMR 2011]

    Ranking SBP PMR 2011

    Pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 semalam menyaksikan peningkatan pelajar Tingkatan 3 yang mencatatkan keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil. Tahniah kepada setiap pelajar yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, SPM 2013 adalah masa untuk anda membuktikan kebolehan masing-masing.

    Setiap kali pengumuman peperiksaan awam seperti PMR 2011, pastinya kedudukan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menjadi tarikan ramai untuk diketahui. Jadi, marilah kita sama-sama melihat kedudukan SBP dalam PMR 2011 mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah.

    (more…)

  • Keputusan PMR 2011: Analisa Ringkas

    Salam sejahtera buat semua.

    Hari ini, 22 Disember 2011 menyaksikan pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang dinantikan oleh pelajar Tingkatan 3. Pastinya ada yang telah mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing dan ada juga yang cuba mendapatkan keputusan melalui semakan secara SMS.

    PMR 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Pencapaian pada tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3,408 orang (0.75 peratus) iaitu daripada 30,863 orang (7.02 peratus) pada 2010 untuk calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran iaitu seramai 34,271 calon.

    (more…)