Tag: novel

  • Twitpic Sepanjang Minggu #3

    Salam sejahtera buat semua.

    Pantas sungguh seminggu berlalu. Rasa macam baru sahaja sibuk dengan entri Twitpic Sepanjang Minggu #2. Kalau berminat nak tengok apa yang ada di sana, jangan ragu-ragu untuk klik.

    Sebelum berakhirnya minggu lalu, saya mengesan satu gambar ekslusif tidak muncul di twitpic mahupun twitter saya walaupun gambar tersebut berjaya di hantar. Gambar apa lagi kalau bukan aksi ekslusif penaberkala!

    Penampilan ekslusif @penaberkala #fb on Twitpic

    (more…)

  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    KLIBF 2011

    Baru semalam bertanya kepada Faris tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) @ Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2011, sebab seingat saya KLIBF 2010 diadakan sekitar bulan Mac. Masa tu saya ada mengirimkan novel Cinta Sufi kepada seorang rakan.

    PBAKL 2011 akan dianjurkan pada 22 April – 1 Mei 2011 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Buku: Dunia Tanpa Sempadan”. PBAKL 2011 akan beroperasi daripada pukul 10 pagi sehingga 9 malam, setiap hari berbeza daripada PBAKL 2009.

    (more…)

  • Novel Interlok untuk KOMSAS Tingkatan 5

    Salam sejahtera buat semua.

    Novel Interlok

    Ketika balik ke kampung semasa perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari, saya telah berkesempatan untuk membaca novel Interlok. Novel Interlok adalah salah satu novel kajian yang merupakan komponen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) untuk Tingkatan 5.

    Novel inilah yang telah menimbulkan kontroversi apabila dibangkang penggunaannya oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan dalam novel. Saya tak sempat pun membaca hingga sampai ke bahagian yang diperkatakan tu.

    (more…)

  • Google Doodle: Animasi Selaman Dasar Laut

    Salam sejahtera buat semua.

    Google Doodle Jules Verne

    Google doodle kembali lagi dengan animasi yang menarik dan interaktif. Mengisi barisan doodle yang lebih interaktif seperti animasi pac-man dan video John Lennon, kali ini Google tampil dengan doodle animasi selaman di dasar laut seperti anda sedang berada sebuah kapal selam.

    (more…)