Tag: Maktab Rendah Sains MARA

  • Semakan Keputusan Kemasukan ke MRSM Ulul Albab dan IGCSE 2012

    Salam sejahtera buat semua.

    Kemasukan ke MRSM 2012

    Perhatian kepada pelajar Tingkatan 1 yang telah menduduki UPSR 2011 dan membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab dan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) untuk tahun 2012, semakan keputusan permohonan dan kemasukan sudah boleh dibuat.

  • Ranking MRSM untuk Keputusan PMR 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Ranking MRSM PMR 2011

    Selain daripada ranking SBP dalam PMR 2011 yang menjadi perhatian umum untuk melihat prestasi sekolah-sekolah terbaik di Malaysia, tidak lupa juga kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Senarai awal kedudukan bagi MRSM dalam keputusan PMR 2011 sudah kelihatan walaupun analisa penuh berkemungkinan hanya akan didapati apabila bermulanya sesi persekolahan tahun depan.

    Senarai ranking MRSM dalam PMR 2011 boleh didapati di bawah walaupun saya tidak dapat memastikan sumber asal ianya dikeluarkan. Dengan pengesahan daripada seorang guru di MRSM Tun Abdul Razak (sebelum ini dikenali sebagai MRSM Pekan) yang juga merupakan bekas guru Matematik semasa saya berada di MRSM Transkrian, senarai tersebut mungkin boleh dipercayai.

    (more…)