Twitpic Sepanjang Minggu #4

Salam sejahtera buat semua.

Nampaknya kompilasi gambar Twitpic kali ini tidak sebanyak sesi yang sebelum ni. Maknanya, apa yang terjadi sepanjang minggu ni agak mendatar dan rutin biasa sahaja. Cuma dihiasi dengan beberapa majlis dan aktiviti yang sedikit berlainan sahaja. Lawati kompilasi Twitpic #3 yang sangat banyak gambarnya.

Say hi to @penaberkala n @Muzek1056 on Twitpic Lab PLC using comsole n Omron. #fb on Twitpic

Seperti biasa, hari Isnin yang menjelma dengan masing-masing tanpa semangat yang tinggi. Boleh tengok muka mengantuk pada muka kawan-kawan yang hadir. Kali ini, kami pelajar Process Control telah beralih ke lab Programmable Logic Control (PLC) untuk subjek IACS. Benda baru yang sangat menarik. Semuanya pasal logik. Lepas ni akan belajar menggunakan perisian untuk memprogramkan satu siri aksi mudah.

Continue reading

(Mawi ft Zamani) Tak Mungkin Berpaling – Official Video

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Sekitar lima bulan yang lalu, saya ada memasukkan sebuah klip video lagu Tak Mungkin Berpaling yang telah dinyanyikan semula Mawi dan Zamani. Lagu tersebut dimasukkan atas permintaan seseorang.

Yang lawaknya dalam video itu adalah klip disiarkan adalah animasi yang langsung tidak berkaitan dengan lagu tersebut (mungkin ada la sikit-sikit kot).

Continue reading

Pengakuan saya suka awak

Kring… Kring…

Perempuan: Hello.

Lelaki: Salam dan Hi. Ni Izzat ni. Sha, tengah buat apa tu?

Perempuan: Hmm…

Lelaki: Takpela, sori kacau… saya cuma nak bagitau awak sesuatu…

Perempuan: Saya…

Lelaki: Sekejap ya, maafla ambil masa awak… Tapi ada sesuatu yang perlu saya cakap… Nak buat pengakuan sebenarnya…

Perempuan: Tapi kan, saya…

Lelaki: Ya2… Jangan la layan saya macam ni .Saya dah banyak kali usaha nak dapatkan nombor awak daripada kawan2 saya ni. Nak telefon awak ni pun saya pun dah banyak kali fikir. Akhirnnya barulah ada keberanian nak telefon awak.

Perempuan: Oh. Ya ke? Hmm…

Lelaki: Sebenarnye saye dah lama suka awak. Mungkin awak tak kenal siapa saya dan tak pernah menyedari kewujudan saya. Tapi saya dah lama perhatikan awak. Sejak dari mula saya kenal awak lagi. Saya dah jatuh hati pada awak. Bukannya saya tertarik pada kecantikan awak walaupun saya tak nafikan awak memang cantik dan menjadi kegilaan ramai. Tapi gaya awak, yang membuatkan hati saya terpikat. Sopan penampilan, lembut tutur kata, dan baik hati budi. Mungkin saya terlalu terus terang tapi kalau saya tak cakap hari ni sampai bila2 pun tak…

Perempuan: Oh Izzat. Awk sungguh baik untuk berterus terang begini, tapi kan…

Lelaki: Kenapa Sha? Kenapa? Awak tidak sukakah cara saya? Atau awak tidak suka saya? Mungkin kerana awak tidak kenal saya. Tapi Sha, saya betul2 sukakan awak. Awak bagaikan teman yang telah lama saya impikan. Teman yang boleh mengisi kekosongan hati saya. Saya tak pernah rasa suka pada seseorang seperti saya sukakan awak sekarang.Awak bagaikan bidadari kepada saya. Rasa sangat bahagia jika ada awak disamping saya. Awaklah permaisuri di hati saya yang memang saya tunggu-tunggu…

Perempuan: Bukannya begitu maksud saya tapi… Sukar utk saya katakan, tapi saya…

Lelaki: Awak dah berpunya? Hati awak sudah menjadi milik org lain? Tak mengapa Sha. Saya faham. Sesungguhnya saye rela menunggu awak kerana saya percaya jika ada jodoh antara kita maka kita pasti bersama. Kalau awak katakan awak tidak mahu berkapel, saya juga begitu. Bukan niat saye untuk bercinta macam orang lain. Saya tidak mahu begitu kerana itu menjurus ke arah maksiat. Saya tahu awak perempuan yg baik, tak mungkin saya mempersiakan awak. Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, untuk berada di sisi. Saya faham itu. Saya benar2 ingin jadikan awak teman hidup saya. Tapi mungkin saya tidak sempurna kerana saya hanyalah manusia. Tapi saya harap awak dapat terima saya seadanya, kerana itulah sebenarnya cinta.

Perempuan: Izzat. Sebenarnya apa yang awak katakan itu betul. Mana2 wanita yg mendengar tutur kata awak ni pasti terpikat dengan keikhlasan dan keberanian awk. Tapi berat untuk saya katakan, saya sebenarnye BUKAN SHA. AWAK DAH SALAH NOMBOR NI!

WAHAHAHA…..

Ape yg berlaku seterusnya? Entahla, pengarang yang sebenar (aku olah semula ayat di atas supaya sesuai dengan cara penulisan aku) pun tidak tahu…

beliamuda: dialog di atas tu macam pernah aku buat je… Pernah ke? Eh, takde la. Huhu~~ Kalau ada yang terkena tu, maaflah ya… Apakah pengajaran dialog di atas?