Salam sejahtera buat semua.
Pada setahun lalu, saya sempat mendedikasikan sebuah entri buat cikgu dan guru. Kali ini, Hari Guru disambut lagi apabila datangnya 16 Mei. Rasanya, sekolah-sekolah di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah akan menyambut terus Hari Guru tahun ni pada tarikh tersebut. Sekolah di negeri-negeri lain mungkin akan menyambutnya pada hari Isnin nanti.